CNA lancar FAST bagi aplikasi, laman web untuk jimat waktu pembaca
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA / Iskandar Rossali)
SINGAPURA: CNA melancarkan satu ciri baharu bagi pembaca online yang digelar FAST. Ia bertujuan memudahkan pembaca yang kesuntukan masa untuk terus mengikuti perkembangan berita semasa.
Ciri baharu itu disediakan di aplikasi dan laman web CNA mulai Khamis (21 Mac).
FAST menawarkan ringkasan berita di mana pembaca boleh 'swipe' sama seperti menggunakan TikTok, Instagram Reels atau YouTube Stories.
Anda boleh mengaktifkan FAST melalui butang Fast di bahagian bawah laman utama dan aplikasi CNA, atau langsung pada artikel dengan pilihan FAST. Melalui setiap kad FAST, anda boleh memilih untuk membaca berita penuh, kongsi kad tersebut atau swipe ke artikel seterusnya.
RINGKASAN GUNA AI GENERATIF
Wartawan dan editor CNA menyediakan ringkasan penuh maklumat dan boleh dibaca dengan cepat seperti yang dipaparkan di kad FAST, dengan bantuan Kecerdasan Buatan (AI) generatif. Ringkasan tersebut akan diperiksa seorang editor sebelum ia diterbitkan online.
FAST merupakan salah satu inisiatif baharu yang diumumkan sempena ulang tahun ke-25 CNA. Sebelum ini, CNA mengenalkan audio dihasilkan AI pada artikel untuk pembaca yang lebih gemar mendengar berita dibaca berbanding membacanya sendiri.
<<BACA: Jenama CNA akan diperkenalkan di Amerika, UK dan Kanada untuk penonton yang berminat dengan kandungan tentang Asia >>

CNA CATCH UP
Ciri lain juga dilancarkan bagi pembaca yang kesuntukan masa.
Fungsi "Catch Up" disediakan di aplikasi CNA, di mana dengan menekan butang loceng ketika anda mengakses aplikasi tersebut, ia akan membawa anda ke senarai notifikasi berita yang mungkin anda terlepas sepanjang 30 hari lalu.
FAST dan Catch Up adalah di antara ciri-ciri yang sedang diusahakan untuk pembaca. Aplikasi FAST juga akan dikemas kini berdasarkan maklum balas pembaca, dan akan mengandungi lebih banyak jenis kandungan pada masa hadapan.
Anda boleh muat turun app CNA yang dikemas kini di https://cna.asia/app

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.