CNA dilancarkan di Amerika Utara; kembangkan jangkauan di peringkat antarabangsa
Anggaran Waktu Membaca:

Daniel Heng, penerbit eksekutif program hal ehwal semasa CNA Insight, bercakap semasa pelancaran CNA di Amerika Utara di Washington DC.
WASHINGTON DC: Saluran CNA dilancarkan di Amerika Utara pada Khamis (13 Jun), sebagai sebahagian daripada pelan mengembangkan jangkauannya di peringkat antarabangsa dan meningkatkan jumlah penonton dimerata dunia.
Penonton di Amerika Utara kini boleh mengikuti liputan berita CNA di lamannya atau penstriman langsung di wadah YouTube CNA.
Mereka juga boleh menonton siaran berita CNA menerusi saluran televisyen penstriman percuma disokong iklan (FAST) sepanjang 12 bulan akan datang ini.
Penyiar itu menawarkan liputan berita terkini dari Asia serta dokumentari dan program ehwal semasa yang menang anugerah festival penyiaran.
Sekitar 200 tetamu termasuk anggota Kongres Amerika Syarikat, ahli akademik, pemimpin perniagaan dan kumpulan pemikir menghadiri majlis pelancaran CNA di Washington DC.

Duta Singapura ke Amerika Syarikat, Lui Tuck Yew berkata pelancaran CNA di Amerika Utara dilakukan tepat masanya, iaitu ketika tahun pilihan raya di Amerika dan hubungan geopolitik yang rumit di seluruh dunia.
Menurutnya, CNA menyediakan alternatif yang menawarkan pemahaman lebih jelas mengenai kerumitan yang dihadapi Asia.
Sementara itu, Ketua Editor CNA Walter Fernandez pula berkata beliau "berbesar hati" kerana dapat menawarkan pelbagai kandungan penyiar itu yang disampaikan daripada perspektif Asia kepada penonton di Amerika Utara.
"CNA menawarkan laporan terkini dari lapangan dan analisis yang padat dengan nuansa mengenai Asia melalui buletin berita dan dokumentarinya, (sekali gus) membantu penonton sejagat untuk memahami Asia," jelasnya.
USAHA CNA KEMBANGKAN JANGKAUAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA
CNA ditubuhkan pada Mac 1999. Saluran berita itu mempunyai koresponden di 15 bandar utama merata Asia, dan disokong oleh 23 biro di Amerika Utara, Eropah dan Afrika.
Semasa sambutan ulang tahun ke-25 CNA pada Mac lalu, Mediacorp mengumumkan rancangan untuk meningkatkan usaha mengembangkan dan menjangkaui penonton baharu di pasaran serantau dan antarabangsa.
"Kami ingin menembusi rantau itu kerana tinjauan menunjukkan terdapat jumlah penonton yang signifikan di Amerika, Kanada dan United Kingdom yang benar-benar minat terhadap berita dan dokumentari mengenai Asia - khususnya, China, Jepun, dan Korea," kata pengerusi Niam Chiang Meng.
Menurut Mediacorp, CNA mengisi jurang penting dalam pasaran Amerika Utara dengan menyampaikan naratif yang boleh dipercayai dan perspektif langsung daripada rantau Asia, dengan tujuan memperkayakan pemahaman penonton tentang Asia.

Sumber : CNA/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.