CNA antara 10 jenama teratas di Singapura buat tahun kedua berturut-turut: Laporan YouGov
Anggaran Waktu Membaca:
Kampus Mediacorp.
- Laporan YouGov 2026 menamakan SIA sebagai jenama teratas di Singapura, diikuti Shopee, WhatsApp dan CNA di tempat kesembilan.
- Penilaian dibuat berdasarkan skor indeks yang merangkumi enam metrik seperti mutu, nilai dan reputasi, hasil tinjauan lebih enam juta pelanggan di 28 pasaran.
- Japan Airlines, KFC dan TikTok menunjukkan peningkatan ketara dalam skor indeks berbanding tahun sebelumnya.
- YouGov menekankan bahawa kehadiran luas tidak menjamin prestasi kukuh, dan laporan mereka mewakili penduduk dewasa Singapura secara menyeluruh.
SINGAPURA: CNA disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 jenama teratas di Singapura dalam laporan Senarai Jenama Terbaik YouGov 2026, buat tahun kedua berturut-turut.
Singapore Airlines mengekalkan kedudukannya di tempat teratas dalam senarai tersebut, yang dikeluarkan pada Khamis (29 Jan), manakala Shopee dan WhatsApp masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga.
Mereka diikuti oleh Lapangan Terbang Changi, Uniqlo, FairPrice, YouTube dan Google. CNA, yang menduduki tempat kelapan tahun lalu, berada di tempat kesembilan.
Menurut YouGov, jenama-jenama dinilai berdasarkan skor indeks, yang mencerminkan "prestasi menyeluruh jenama".
Skor indeks dikira dengan mengambil purata enam metrik: kesan, mutu, nilai, kepuasan, reputasi dan saranan - sama ada orang akan mencadangkan jenama tersebut kepada orang lain.
Singapore Airlines mencapai markah 57.6, manakala Shopee dan WhatsApp masing-masing mencapai markah 52 dan 49.6. CNA mendapat 41.2 markah.
Dalam senarai global, WhatsApp menduduki tempat teratas, mengatasi Samsung, YouTube, Google, Adidas, Nike, Netflix, Dettol, Colgate dan Toyota, mengikut susunan.
Laporan itu berdasarkan lebih enam juta tinjauan pelanggan yang dijalankan di 28 pasaran antara 1 Januari hingga 31 Disember tahun lalu.
Laporan itu juga menyoroti 10 jenama yang membuat peningkatan paling ketara di Singapura berdasarkan skor indeks mereka, dengan Japan Airlines mendahului dengan 19.1 markah, naik daripada 13.2 setahun sebelumnya.
KFC berada di tempat kedua dengan 20.3 markah, berbanding 14.8 yang dicatatkan tahun sebelumnya, manakala TikTok berada di tempat ketiga dengan markah 22.4, berbanding 18.2 sebelumnya.
YouGov sebelum ini pernah menyatakan bahawa beberapa jenama terkemuka yang mempunyai kehadiran yang kuat di Singapura mungkin tidak tersenarai dalam 10 kedudukan teratas kerana "kehadiran yang luas tidak semestinya bermakna jenama itu dikenali atau kukuh dari segi pretasi".
Selain itu, sesetengah jenama mungkin lebih menarik minat kumpulan demografi tertentu, seperti orang dewasa lebih muda atau kumpulan pendapatan tertentu, yang boleh mempengaruhi kedudukan keseluruhan.
Firma teknologi data dan analitik penyelidikan online global itu menambah bahawa laporannya tidak berdasarkan tinjauan sekali sahaja.
"Skor (jenama) adalah berdasarkan purata yang dikira dalam tempoh masa tertentu, dan data itu mewakili penduduk dewasa Singapura," katanya.
"Sampel dikira mengikut kumpulan umur, jantina dan pendapatan untuk memastikan ia mewakili seluruh negara Singapura."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.