Skip to main content

Singapura

Club Rainbow anjur program buat keluarga teroka kawasan hijau SG; hasrat kumpul $400,000 untuk amal

Anggaran Waktu Membaca:
 Club Rainbow anjur program buat keluarga teroka kawasan hijau SG; hasrat kumpul $400,000 untuk amal

Club Rainbow, melancarkan satu acara maya dipanggil 'Ride and Walk for Rainbows' untuk mengumpul S$400,000 buat kanak-kanak berpenyakit di sini. (Gambar: Club Rainbow (Singapore) - The Official Site/Facebook)

SINGAPURA: Badan amal Singapura, Club Rainbow, melancarkan satu acara maya dipanggil 'Ride and Walk for Rainbows' untuk mengumpul S$400,000 buat kanak-kanak berpenyakit di sini.

Acara itu akan berlangsung sehingga 31 Oktober tahun ini dan menawarkan tiga kategori iaitu (1) 'Ralk' (berbasikal dan berjalan) sejauh 10km, (2) berbasikal sejauh 20km dan (3) berbasikal sejauh 60km.
(Gambar: Club Rainbow (Singapore) - The Official Site/Facebook)
Dana yang terkumpul mahu digunakan untuk menyediakan bantuan kritikal, termasuk bantuan kewangan, terapi intervensi dan sokongan pendidikan kepada keluarga berpendapatan rendah di bawah jagaannya.

Menerusi kenyataan medianya, Club Rainbow turut menjelaskan bahawa inisiatif terbaharunya ini berharap dapat meningkatkan kesedaran awam mengenai jerih payah para penerima bantuan mereka.

"Penyakit kronik tidak sahaja menjejas kanak-kanak tetapi meletakkan beban emosi, fizikal dan kewangan yang sangat besar ke atas keluarga mereka," kata Presiden Majlis Club Rainbow, Dr. Sashikumar Ganapathy.

"Dengan bersatu secara maya, kita boleh menunjukkan sokongan kepada anak-anak dan keluarga ini, memberikan mereka harapan dan perpaduan pada masa-masa sukar."

Dr Ganapathy menambah bahawa acara dijalankan sepenuhnya secara maya untuk memenuhi tanggungjawab kolektif melaksanakan amalan-amalan mampan, selain melindungi sekitaran bagi generasi-generasi akan datang.
Para peserta khususnya digalak meneroka taman-taman, bandar serta kawasan semula jadi Singapura yang mengutamakan pemulihan mahupun kemampanan persekitaran.

Keluarga yang mempunyai anak-anak kecil juga boleh mejangkakan beberapa cabaran seperti 'Jalan-Jalan Trail' dan 'Makan Trail' di mana mereka berpeluang mendapat ganjaran istimewa sebaik sahaja selesai mengikuti jejak yang diatur.

Orang ramai juga boleh menderma kepada 'Ride and Ralk for Rainbows' menerusi pautan berikut: https://www.rideforrainbows.org/donate!0
Sumber : BERITA Mediacorp/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita