Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

City Vue @ Henderson, Tampines GreenRidges antara projek terima anugerah reka bentuk HDB

Awal minggu ini beberapa syarikat reka bentuk, kejuruteraan dan firma pembinaan diiktiraf kerana membangunkan flat-flat HDB dengan reka bentuk dan mutu yang tinggi.

Anggaran Waktu Membaca:
City Vue @ Henderson, Tampines GreenRidges antara projek terima anugerah reka bentuk HDB
Diterbitkan : 15 Sep 2019 10:03PM Dikemas Kini : 15 Sep 2019 10:50PM

SINGAPURA: Awal minggu ini beberapa syarikat reka bentuk, kejuruteraan dan firma pembinaan diiktiraf kerana membangunkan flat-flat HDB dengan reka bentuk dan mutu yang tinggi.

Antara pemenangnya adalah City Vue @ Henderson di Bukit Merah.

Ia menerapkan ruang-ruang hijau ke dalam reka bentuknya sambil memastikan pokok-pokok matang di estet itu terus dipelihara.

Satu lagi pemenang ialah Tampines GreenRidges, sebuah kawasan perumahan HDB pertama di Tampines Utara.

Reka bentuk tamannya menerapkan banyak ciri mesra alam untuk menggalakkan penduduk mengamalkan gaya hidup hijau.

Antaranya tong sampah berasingan di setiap blok khusus untuk bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

Ia juga mempunyai sistem pelupusan sisa automatik.

Sumber : CNA/RR/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa