CISCO, Signify antara dikenal pasti sebagai Tempat Kerja Terbaik Singapura
Para pemimpin yang memberikan respons yang cekap kepada COVID-19 dan pada masa yang sama memastikan para pekerjanya serta keluarga mereka disokong dengan baik.
SINGAPURA: Para pemimpin yang memberikan respons yang cekap kepada COVID-19 dan pada masa yang sama memastikan para pekerjanya serta keluarga mereka disokong dengan baik.
Itulah antara ciri-ciri yang menjadikan sesebuah syarikat itu "tempat kerja terbaik."
Firma-firma seperti DHL, Cisco dan Signify muncul terbaik dalam satu tinjauan mewakili pandangan sekitar 62,000 pekerja.
Sebagai sebahagian daripada siri ketujuh acara tahunan anugerah "Tempat Terbaik untuk Bekerja", kriteria penilaiannya beralih kepada reaksi pertubuhan itu terhadap pandemik.
13 syarikat dikenal pasti sebagai Tempat Kerja Terbaik Singapura.
Namun pengiktirafan khas diberikan kepada DHL yang melakukan ikrar untuk tidak memberhentikan pekerjanya atau memotong gaji mereka.
Bagi Cisco pula, ia memberikan para pekerjanya yang berkeluarga masa cuti
untuk membantu anak-anak mereka dengan pembelajaran di rumah apabila perlu.
Para karyawan Sumber Manusia juga dikenalpasti sebagai memainkan peranan penting dalam menguruskan langkah-langkah pengurusan selamat apabila pandemik melanda.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, syarikat-syarikat ini menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja mahu melakukan perniagaan tetapi juga mahu menyebarkan kebaikan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.