Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Ciri-ciri ladang bentuk sebahagian kumpulan flat pertama HDB di bandar Tengah

Daerah perumahan pertama di Tengah yang akan dilancarkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan mencerminkan sejarah kawasan berkenaan melalui taman-taman masyarakat dan ciri-ciri pertanian di kawasan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Sep 2018 10:25AM Dikemas Kini : 05 Sep 2018 04:09PM

SINGAPURA: Daerah perumahan pertama di Tengah yang akan dilancarkan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan mencerminkan sejarah kawasan berkenaan melalui taman-taman masyarakat dan ciri-ciri pertanian di kawasan tersebut.

Daerah Perladangan akan merangkumi kawasan seluas 90 hektar di bahagian selatan Tengah dan akan menempatkan sekitar 10,000 flat baru apabila siap sepenuhnya kelak, menurut HDB pada Selasa (4 Sep).

Antara ciri-ciri menarik termasuk kawasan berukuran 700m x 40m yang diberi nama Plantation Farmway. Ini akan diterapkan di kawasan perumahan tersebut melalui ruang hijau yang menghubungkan para penduduk dengan kemudahan-kemudahan lain seperti pusat bandar. Kawasan bawah kolong juga akan dibangunkan sedemikian rupa agar ia bertentangan dengan kawasan hijau itu.

Plantation Farmway akan merangkumi kawasan seluas 20,000 kaki persegi yang berupaya menampung kegiatan berkebun dan bercucuk tanam. Menurut HDB, ia berpotensi dijadikan pasar untuk para petani dan peladang menjual hasil tanaman mereka. Taman permainan untuk kanak-kanak pula akan dibangunkan dengan reka bentuk yang berilhamkan buah-buahan dan sayur-sayuran, selaras dengan tema keseluruhan bagi kawasan tersebut.

Dua ruang hijau, dengan setiap satu seluas 1,100 meter persegi, akan ditempatkan dalam Plantation Farmway sebagai ruang-ruang untuk para penduduk beriadah. Selain itu, satu lagi kawasan tanah lapang yang dilengkapi dengan sebuah pentas akan dibangunkan bersebelahan dengan Plantation Farmway sebagai ruang lanjutan bagi acara-acara kemasyarakatan.

Ciri-ciri air di kawasan itu juga akan dibangunkan untuk memikat burung, rama-rama dan pepatung yang akan membantu mengawal jumlah nyamuk.

Bagi merealisasikan visi menjadikan Tengah sebagai sebuah bandar yang kurang bergantung kepada kereta, dua stesen MRT akan dibina di Laluan Daerah Jurong yang akan dibangunkan di kawasan tersebut, sekaligus menghubungkan para penduduk dengan Jurong East, Choa Chu Kang dan Boon Lay. Lebih banyak stesen MRT bagi bandar baru itu juga sedang dirancang. Kebanyakan perhentian bas juga akan disediakan kurang 300 meter dari kediaman penduduk.

Untuk memudahkan para penduduk berbasikal, semua jalan raya di kawasan itu akan dilengkapi dengan laluan berbasikal seluas 2 meter.

Ciri-ciri seperti lampu bijak dan sistem bagi mengumpul air hujan juga akan dibangunkan bagi tujuan pengairan dan untuk membersihkan ruang awam. Ciri-ciri yang menggalak penggunaan peranti bijak juga akan dipasang di flat-flat baru itu.

Kumpulan flat pertama di Daerah Perladangan dijangka merangkumi lebih 1,500 flat, dari flat-flat 2 bilik Flexi hingga flat 3-Gen. Ia akan ditawarkan melalui penjualan Flat Bina Ikut Tempahan (BTO) pada November ini.

Pelan bagi Daerah Perladangan Tengah akan dipamerkan di Hab HDB mulai hari ini (4 Sep). 

Sumber : CNA/AW/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan