Ciri baharu aplikasi & portal BERITA Mediacorp bolehkan pengguna tonton siaran BERITA secara langsung
Para pengguna portal atau aplikasi BERITA Mediacorp kini boleh menonton siaran buletin BERITA 8 malam secara langsung menerusi peranti mereka tidak kira di mana mereka berada.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pengguna portal atau aplikasi BERITA Mediacorp kini boleh menonton siaran buletin BERITA 8 malam secara langsung menerusi peranti mereka tidak kira di mana mereka berada.
Ciri terbaharu di portal dan aplikasi BERITA Mediacorp itu boleh dimanfaatkan pengguna dalam dan luar negara bermula Isnin (23 Dis).
"Prakarsa ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan bilik BERITA Mediacorp untuk menyediakan berita dan informasi dalam pelbagai bentuk dan di berbagai platform agar pembaca dan penonton dapat mengikuti perkembangan terkini dengan lebih berkesan," kata Ketua Editor Berita dan Ehwal Semasa Melayu Mediacorp, Sujadi Siswo.
"BERITA televisyen yang sarat dengan elemen audio dan visual menyediakan pengalaman menarik kepada para audiens berita. Ia memiliki kelebihan kerana berupaya memberi impak kepada deria dengar dan lihat," tambah beliau.
Antara keistimewaan ciri baharu ini ialah tiadanya had atau sekatan sempadan negara atau 'geo-blocking'.
Ini bermakna, anda boleh menontonnya di mana sahaja walaupun di benua, negara dan zon waktu yang berbeza.
Bagi mereka di luar negara, mereka juga boleh manfaatkan kiraan detik atau 'countdown timer' yang tertera untuk mengingatkan mereka waktu menonton BERITA Mediacorp agar tidak terkeliru dengan zon waktu yang berbeza.
Untuk pengguna aplikasi BERITA Mediacorp pula, ada ciri tambahan iaitu notifikasi pada jam 7.59 malam untuk memaklumkan mereka akan bermulanya siaran buletin.
WARGA SG DI LUAR NEGARA SAMBUT BAIK, DAPAT IKUTI PERKEMBANGAN
Bagi yang sudah menjadikan rutin untuk menonton siaran BERITA pada setiap jam 8 malam, mereka juga boleh terus lakukan demikian walaupun ke luar negara.
Walaupun berjauhan, mereka masih mengikuti perkembangan negara menerusi siaran BERITA Mediacorp.
"Berkenaan dengan hal ehwal ekonomi dan keselamatan di Singapura, pembaharuan-pembaharuan yang baharu dalam bidang pekerjaan dan lain-lain lagi. Jadi kami dapat manfaatkan banyak dari sudut pengetahuan kami berkenaan dengan perkara-perkara yang berlaku di Singapura supaya kami sentiasa dimaklumkan dengan informasi-informasi yang relevan dan khabar-khabar yang terkini," kata Mahasiswa di Universiti Al-Azhar di Mesir, Danniesh Asyraff Mohsain.
Sentimen serupa turut dikongsi mahasiswa di Universiti Yarmouk di Jordan, Talhatul Khair Muhammad Kahfi.
"Saya serta pelajar-pelajar Singapura yang belajar di Jordan meraih akses yang mudah untuk kita menonton berita secara langsung. Dengan adanya ciri ini, kami tetap kekal peka dengan apa yang berlaku di Singapura dan menjamin kami kekal relevan dengan hal ehwal terkini," ujarnya.
Meskipun artikel dengan maklumat dan berita terkini boleh dibaca menerusi portal, elemen visual menonton laporan berita secara langsung menambah nilai pengalaman itu.
Ini lebih-lebih lagi jika ada liputan langsung wartawan dari lokasi.
Jika sebelum ini, Encik Herdi Sa'adon, bergantung kepada wadah-wadah seperti YouTube dan mewatch untuk menonton BERITA, beliau teruja kerana kini lebih mudah untuk beliau menontonnya secara langsung setelah berhijrah ke New Zealand.
"Dengan aplikasi ini, kami dapat menonton BERITA tidak seperti mewatch yang mempunyai sekatan geo. Ada sebahagian dari kami mempunyai harta pelaburan, rumah dan perniagaan di Singapura. Ada kemungkinan juga kami akan pulang ke Singapura. Jadi apabila pulang ke Singapura, mereka akan peka dan akan relevan dengan hal ehwal Singapura," kata Encik Herdi.
Bagi yang terlepas menontonnya secara langsung, mereka boleh menonton kembali rakaman liputan berita menerusi lelaman YouTube BERITA Mediacorp atau meWatch.
Untuk memuat turun aplikasi BERITA Mediacorp, anda boleh lakukannya secara percuma menerusi Apple Store dan Google Play Store.
Bagi mereka yang sudah ada aplikasi BERITA Mediacorp, mereka perlu mengemas kini aplikasi untuk menikmati ciri terbaru itu di peranti pilihan mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.