Cipta peluang di luar bilik darjah, guru diiktiraf bantu pelajar autisme sumbang kepada masyarakat
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Tidak semua pelajar autisme mendapat peluang pekerjaan setelah menamat pengajian mereka.
Dan bagaimana jika peluang itu tidak kunjung tiba?
Soalan itulah yang mendorong Guru Kanan Sekolah Autisme St. Andrew's (SAAS), Nursyafiqah Mohamed, untuk membuka ruang agar pelajar-pelajarnya tidak sekadar menunggu, tetapi terus mencuba dan menyumbang dalam dunia sebenar.
Semasa ditemui BERITA Mediacorp di SAAS, Cik Nursyafiqah, 34 tahun, berkata: "Selalunya kanak-kanak autisme tahap 2 dan 3 kurang mendapat peluang untuk berada di masyarakat."
Bagi beliau, masa peralihan itu tidak seharusnya dibiarkan berlalu tanpa arah.
"Saya lihat itu sebagai satu jurang untuk saya berkolaborasi dengan agensi-agensi seperti Hab Tampines Kita (OTH) supaya murid-murid dapat keluar ke masyarakat untuk mempraktikkan apa yang mereka pelajari di sekolah ini," jelasnya.
Melangkaui peranannya sebagai seorang guru, beliau bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk Kebun Eko-Masyarakat OTH untuk menyokong keluarga pelajar.
Di bawah inisiatifnya sendiri, sekitar 20 pelajar SAAS telah menyertai program tersebut sejak 2023.

Dan usaha membuka ruang buat pelajar di luar bilik darjah itu akhirnya mendapat pengiktirafan.
Beliau menerima Anugerah Guru Pendidikan Khas Harapan Kementerian Pendidikan SG-Enable (PSTA) 2025 dalam satu majlis di Hotel Grand Copthorne Waterfront pada 14 April.
Cik Nursyafiqah merupakan antara dua guru yang dipilih daripada 179 pencalonan oleh rakan sekerja, ibu bapa, pelajar dan orang awam.
Secara keseluruhan, empat guru diiktiraf atas kecemerlangan mereka dalam menyokong pembangunan dan pembelajaran para pelajar pendidikan khas di majlis tersebut.
Bagi Cik Nursyafiqah yang lebih dikenali sebagai 'Teacher Fiqah' dalam kalangan anak muridnya, pengiktirafan itu bukan miliknya seorang.
“Sejujurnya, saya gembira untuk mendapat pengiktirafan ini," katanya.
“Tapi saya juga tahu bahawa kolaborasi sesama rakan sekerja amat diperlukan supaya kanak-kanak dapat mencapai apa yang kami panggil sebagai ‘quality of life’," tambahnya lagi.
Beliau mendedikasikan anugerah tersebut kepada rakan-rakan seperjuangannya yang bersama-sama berusaha meningkatkan ilmu untuk memberi yang terbaik untuk kanak-kanak autisme.

Namun usaha tersebut hanyalah sebahagian daripada pendekatan beliau sebagai seorang pendidik.
“Peranan kami sebagai guru tidak terhenti dengan apa yang kami ajar pada saat itu. Kadang-kadang, hasilnya hanya akan kita lihat pada masa kelak," tambah beliau yang sudah lebih sedekad dalam bidang pendidikan khas.
Sebagai Guru Kanan sejak 2024, peranannya bukan sahaja sekadar mengajar.
Beliau, yang berkelulusan Diploma dalam pendidikan khas, mengendalikan pelajar dengan keperluan lebih tinggi serta membimbing guru-guru lain dalam aspek pengurusan tingkah laku dan pengajaran, memastikan pendekatan yang digunakan bukan sekadar berasaskan teori, tetapi benar-benar berkesan untuk pelajar.
Bagi Cik Nursyafiqah, harapannya kepada masyarakat juga jelas iaitu bukan sekadar memahami, tetapi membuka ruang.
“Ini agar kita dapat menjadi masyarakat yang inklusif dan memberi peluang kepada kanak-kanak autisme untuk berada dalam masyarakat dengan lebih kerap," ujar ibu kepada dua orang anak itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/bk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.