Cip DeepSeek-Nvidia: MTI gesa syarikat patuh undang-undang SG & Amerika
Anggaran Waktu Membaca:

Laman DeepSeek pada skrin telefon bijak di Beijing, 29 Januari 2025. (Gambar fail: AP/Andy Wong)
SINGAPURA: Singapura menyatakan pada Sabtu (1 Feb) bahawa ia menjangkakan syarikat-syarikat Amerika akan mematuhi undang-undang Amerika Syarikat dan Singapura sebagai respons kepada laporan bahawa sesetengah perantara di Singapura terlibat dalam penghantaran cip Nvidia ke China.
Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat dipercayai sedang menyiasat isu itu, berikutan laporan bahawa DeepSeek - syarikat dari China yang prestasi model kecerdasan buatan (AI) syarikat tersebut menggemparkan dunia teknologi - telah menggunakan cip canggih yang tidak dibenarkan dihantar ke China.
Penyata suku tahunan Nvidia baru-baru ini menunjukkan bahawa Singapura menyumbang kira-kira 22 peratus daripada pendapatannya. Syarikat itu turut mendedahkan bahawa "sebahagian besar penghantaran yang dikaitkan dengan pendapatan dari Singapura adalah ke lokasi-lokasi selain Singapura, dan penghantaran ke Singapura tidak signifikan".
Nvidia memberitahu laman web Investing.com pada awal minggu ini bahawa pendapatan dari Singapura bukanlah petunjuk sebarang pelencongan ke China.
"Pemfailan awam kami melaporkan 'bil ke' bukan 'menghantar ke' lokasi pelanggan kami. Ramai pelanggan kami mempunyai entiti perniagaan di Singapura dan menggunakan entiti tersebut untuk produk yang ditujukan untuk Amerika Syarikat dan Barat," kata syarikat itu.
RESPONS SINGAPURA
Dalam satu kenyataan pada Sabtu (1 Feb), Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) mengulangi kenyataan Nvidia dan menegaskan kedudukan Singapura sebagai sebuah hab perniagaan antarabangsa.
"Syarikat-syarikat besar dari Amerika Syarikat dan Eropah mempunyai operasi penting di sini," menurut MTI.
"Nvidia juga telah menyatakan bahawa tidak ada sebab untuk mempercayai bahawa DeepSeek memperoleh sebarang produk dari Singapura yang eksportnya dikawal."
Menurut MTI, ia menjangkakan syarikat-syarikat Amerika akan mematuhi kawalan eksport Amerika Syarikat dan undang-undang Singapura, sambil menambah bahawa kastam dan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang Singapura akan terus bekerjasama rapat dengan rakan-rakan sejawatan mereka dari Amerika Syarikat.
"Kami sentiasa menegakkan kedaulatan undang-undang, dan bertindak tegas erhadap mana-mana individu dan syarikat-syarikat yang melanggar peraturan," tegas MTI.

Sumber : CNA/SK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.