Cikgu Sarinah Haniff, balu kepada Cikgu Ariff Ahmad, pulang ke Rahmatullah pada 19 Okt
Cikgu Sarinah Haniff, iaitu isteri kepada tokoh bahasa dan budaya Melayu tersohor, Almarhum Muhammad Ariff Ahmad atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Ariff, meninggal dunia semalam (19 Okt).
Encik Lee Hsien Loong, yang merupakan Perdana Menteri pada ketika itu, menyampaikan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada balu pendeta Dr Haji Muhammad Ariff Ahmad, iaitu Cikgu Sarinah Haniff, di majlis Anugerah Guru Arif Budiman pada November 2016. (Gambar: Berita Harian)
Berita pemergian Cikgu Sarinah Haniff itu dikongsikan oleh Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim, menerusi satu catatan di Instagram beliau pada Isnin (20 Okt).
“Salam takziah saya kepada keluarga Almarhumah Cikgu Sarinah (Haniff) atas pemergiannya semalam.
"Semasa hayatnya, Almarhumah merupakan tunggak yang menyokong perjuangan dan sumbangan besar Cikgu Ariff kepada pengembangan bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu.
"Semoga rohnya dicucuri rahmat yang Maha Esa, insyaAllah,” tulis Dr Faishal.
Cikgu Ariff meninggal dunia pada tahun 2016.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.