Chun Sing: Sumber bekalan cukup, tidak perlu rebut-rebut beli barangan harian
Menteri Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Chan Chun Sing memberi jaminan bahawa MTI sedang berhubungan dengan para peruncit yang sedang beransur-ansur menambah bekalan.
Keadaan di sebuah pasar raya di Singapura semasa virus korona baru. (Gambar: FB/ Chan Chun Sing)
SINGAPURA: Menteri Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Chan Chun Sing memberi jaminan bahawa MTI sedang berhubungan dengan para peruncit yang sedang beransur-ansur menambah bekalan.
Encik Chan berkata Singapura tidak kekurangan bekalan makanan dan hanya soal berapa cepat peruncit boleh mengisi semula bekalan mereka.
Beliau membuat komen itu di perayaan Thaipusam hari ini (8 Feb) yang menurutnya adalah satu contoh bagaimana kehidupan diteruskan dengan langkah berjaga-jaga tambahan.
Selepas penilaian risiko penularan penyakit DORSCON dinaikkan kepada warna Jingga semalam, gambar-gambar yang dikongsi di media sosial menunjukkan orang ramai berebut-rebut membeli barangan keperluan harian di pasar-pasar raya.
Encih Chan berkata: "Sumber bekalan kita adalah kukuh. Tidak perlu bagi kita melakukan demikian malah apabila kita berbuat demikian adalah tidak boleh dielakkan, tindakan itu mungkin menjejas orang-orang yang benar-benar perlukan bekalan tersebut.
"Contohnya, anda mungkin sudah dengar cerita-cerita mengenai orang-orang yang membeli semua swab alkohol. Ini menyebabkan orang-orang yang benar-benar memerlukannya seperti pesakit kencing manis tidak dapat memperolehinya bagi rawatan mereka.
"Jadi saya benar-benar menggesa warga Singapura untuk tidak melakukan ini kerana pertahanan yang paling kuat adalah pertahanan kolektif."
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona 2019-nCoV: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.