Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Chope berhentikan hampir 25% pekerjanya

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Platform tempahan restoran yang berpangkalan di Singapura, Chope, memberhentikan 24 peratus kakitangannya daripada pejabat-pejabat syarikat tersebut di rantau ini.

Demikian diumumkan Chope pada Khamis (22 Dis).

Semasa menjawab pertanyaan Mediacorp, Chope turut mendedahkan bahawa 39 pekerja di Singapura sudah diberhentikan kerja.

Selain ibu pejabatnya di Singapura, Chope turut menubuhkan pejabat di seluruh Asia, termasuk di Jakarta, Bali, Bangkok, Hong Kong dan Shanghai.

Sebahagian besar peranan kerja yang terjejas adalah dalam bidang produk, kejuruteraan dan pemasaran, dedah syarikat tersebut.

Para pekerja yang terjejas sudah diberikan "pakej perpisahan", menurut firma itu tanpa memberikan perincian lanjut mengenai kandungan pakej berkenaan.

Firma itu menambah bahawa ia sedang "berusaha dalam rangkaiannya" untuk mencari kerja bagi pekerja yang terjejas.

Chope mengesahkan bahawa pekerja di Singapura tidak akan terjejas dengan cara lain .

"Kami kini menumpukan perhatian kepada kecekapan untuk meneruskan misi kami menjadi platform tempahan restoran terkemuka di Asia. Ia tidak akan menjejas khidmat tempahan kami," jelas firma itu.

Chope ditubuhkan pada 2011 dan lebih 13,000 restoran tersenarai di platformnya.

Menurut laman web Chope, tiada peluang pekerjaan dengan syarikat tersebut buat masa ini.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan