Choa Chu Kang bakal ada pusat penjaja baharu & ruang kegiatan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Mediacorp
SINGAPURA: Lebih 160,000 penduduk Choa Chu Kang bakal meraih manfaat daripada pembaharuan estet yang termasuk pusat-pusat penjaja.
Peningkatan tersebut yang berdasarkan maklum balas para penduduk, dijangka siap dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang.
Pusat bandar Choa Chu Kang akan menjalani pembaharuan dengan pembangunan campuran yang baharu bersama hab pengangkutan bersepadu.
Para penduduk juga akan menikmati pelbagai pilihan makanan, sebuah pusat membeli-belah jalanan dan sebuah plaza bandar yang baharu bagi persembahan, bazar perayaan dan kegiatan kecergasan.
Bagi menggalakkan gaya hidup aktif, sebuah koridor akan diwujudkan dari Yew Tee ke Choa Chu Kang.
Laluan itu akan merangkumi ruang-ruang bagi berehat, kegiatan riadah dan kesejahteraan.
Ini selain kemudahan air pancur untuk permainan kanak-kanak.
Lebih banyak ruang menghijau juga akan disediakan dengan peningkatan bagi kawasan terusan dan jejambat.
Di majlis pelancaran projek pembaharuan Choa Chu Kang siang tadi, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong, yang juga Anggota Parlimen kawasan tersebut, menyeru para penduduk agar memberikan maklum balas tentang rancangan itu.
Menurut Encik Gan, para penduduk boleh berkongsi aspek-aspek pelan tersebut yang mereka suka dan apa lagi yang boleh memenuhi keperluan dan minat mereka.
Encik Gan menambah pelan itu boleh diperbaiki supaya Choa Chu Kang boleh terus menjadi tempat tinggal yang dibanggakan.

Sumber : CNA/AA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.