Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Chingay: Penganjur akan nilai semula jika virus korona Wuhan bertambah teruk

Pihak penganjur perarakan Chingay menyatakan, ia akan menilai semula sama ada pesta itu patut diteruskan jika keadaan virus korona Wuhan bertambah teruk.  

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Jan 2020 08:33PM Dikemas Kini : 30 Jan 2020 10:01PM

SINGAPURA: Pihak penganjur perarakan Chingay menyatakan, ia akan menilai semula sama ada pesta itu patut diteruskan jika keadaan virus korona Wuhan bertambah teruk.

Pesta Chingay akan bermula esok (31 Jan) sehingga Sabtu ini.

Pihak penganjur dalam pada itu sedang mengeluarkan langkah-langkah keselamatan yang dipertingkat bagi perarakan tersebut.

Selepas acara pembukaan esok, kereta-kereta berhias Chingay akan bergerak ke kawasan-kawasan kejiranan pada beberapa hujung minggu.

Pengimbas haba akan dikerahkan di kesemua lapan tempat masuk perarakan itu untuk memeriksa suhu badan para pengunjung.

Mereka yang mempunyai suhu badan 38 darjah Selsius dan ke atas akan diletakkan di kawasan perasingan.

Di sana, mereka boleh rehat buat seketika sebelum suhu badan mereka diperiksa sekali lagi.

Jika suhu badan mereka masih tidak turun, mereka akan dihantar ke hospital terdekat atau disuruh pulang ke rumah.

Notis-notis juga akan ditampal di kawasan itu untuk mengingatkan orang ramai yang tidak sihat, atau pernah pergi ke negara China baru-baru ini agar tidak keluar dari rumah atau harus ke doktor.

Para penganjur Chingay juga sedang memantau keadaan 6,000 peserta tempatan dan dari luar negara.

Ini termasuk enam peserta dari China yang tiba di Singapura dari bandar Xi'an.

Namun, mereka tidak pergi ke wilayah Hubei, dan sudah diperiksa oleh seorang doktor sejak mereka di Singapura.  

Sumber : CNA/HK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan