Chingay berlangsung pada 23-24 Feb ini
Perarakan Chingay tahun ini akan berlangsung pada 23 dan 24 Februari ini.
SINGAPURA: Perarakan Chingay tahun ini akan berlangsung pada 23 dan 24 Februari ini.
Satu sidang media diadakan siang tadi, memaparkan sekilas acara-acara yang akan dipersembahkan nanti.
Perarakan Chingay 2018 meliputi laluan lebih panjang, bermula dari kawasan di belakang Roda berputar "Singapore Flyer" hingga ke kawasan pentas terapung Marina Bay.
Para penonton akan dihiburkan dengan acara-acara kebudayaan di jalanan serta acara-acara berunsur fantasi yang disertai para peserta berbilang kaum.
Perarakan tahunan itu dijangka menarik lebih 200,000 penonton.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.