Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Chingay 2021 contoh S'pura boleh berinovasi, bangkit maju daripada sebarang situasi mencabar

Presiden Halimah Yacob berkata acara Chingay tahun ini adalah contoh bagaimana rakyat Singapura boleh bekerjasama, amalkan inovasi dan berdaya maju dalam sebarang situasi mencabar. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Feb 2021 08:53PM Dikemas Kini : 24 Feb 2021 09:22PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob berkata acara Chingay tahun ini adalah contoh bagaimana rakyat Singapura boleh bekerjasama, amalkan inovasi dan berdaya maju dalam sebarang situasi mencabar.

Beliau berkata demikian semasa majlis menghargai para penyumbang utama acara Chingay tahun ini.

Acara itu beralih sepenuhnya ke wadah digital buat pertama kalinya akibat pandemik COVID-19 dan berjaya menarik 1 juta tontonan di televisyen dan saluran-saluran online.

Puan Halimah memuji Persatuan Rakyat atas usahanya.

"Persatuan Rakyat telah mengubah cabaran kepada satu peluang untuk menyuntik kesegaran kepada pengalaman Chingay dengan mengubahnya ke wadah digital. Saya senang hati kerana semangat masyarakat dan pihak korporat tidak terjejas akibat keadaan masa kini," ujar Puan Halimah. 

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan