Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Chinatown dipromosikan sebagai 'destinasi pelancongan ikonik'; sasar pelanggan baru

Chinatown kini menawarkan pelbagai barangan elektrik sedang perniagaan di kawasan itu bangkit semula daripada pandemik COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Nov 2021 08:27PM Dikemas Kini : 27 Nov 2021 11:42PM

SINGAPURA: Chinatown kini menawarkan pelbagai barangan elektrik sedang perniagaan di kawasan itu bangkit semula daripada pandemik COVID-19.

Persatuan Perniagaan Chinatown menyatakan pihaknya mempromosikan kawasan tersebut sebagai sebuah destinasi pelancongan yang ikonik.

Ramai pelawat dijangka kembali mengunjungi kawasan itu dengan pembukaan semula sempadan negara.

Sesetengah kedai yang ada di sana bagaimanapun tidak menawarkan barangan yang biasanya dijual di Chinatown.

Persatuan itu berharap untuk memikat pelanggan baru dengan menjual pakaian mampan, produk makanan tambahan kesihatan dan hasil seni.

Ia sebahagian daripada strateginya untuk merancakkan perniagaan di kawasan berkenaan.

Chinatown juga mahu menjadi destinasi warisan, seni dan budaya dengan memaparkan produk buatan Singapura. 

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan