China sedia runding huraian perdagangan 'munasabah' dengan AS
China bersedia berunding dengan Amerika Syarikat mengenai "isu-isu yang menjadi keprihatinan bersama" dan akan berusaha mencapai huraian perdagangan yang "dapat diterima kedua-dua pihak".
SINGAPURA: China bersedia berunding dengan Amerika Syarikat mengenai "isu-isu yang menjadi keprihatinan bersama" dan akan berusaha mencapai huraian perdagangan yang "dapat diterima kedua-dua pihak".
Demikian menurut naib presiden China Wang Qishan pada pagi Selasa (6 Nov), di satu forum berprofil tinggi yang diadakan di Singapura.
Berucap di Forum Ekonomi Baru Bloomberg yang diadakan buat julung-julung kalinya, Encik Wang menekankan, kerjasama perdagangan dan ekonomi kekal sebagai "teras dan pemacu hubungan mantap dan sihat" antara Amerika Syarikat dengan China.
Hubungan itu mempunyai kesan secara langsung terhadap kestabilan dan kemajuan merata dunia.
China "amat yakin" bahawa kedua-dua negara boleh "meraih manfaat daripada kerjasama dan mengalami kerugian daripada perbalahan", tambah beliau dalam ucaptama selama 20 minit, kepada seramai lebih 400 peniaga dan pemimpin politik di Capella Singapore.
Sejak beberapa bulan lalu, dua ekonomi terbesar dunia itu terlibat dalam satu pertikaian perdagangan yang mencetuskan tindakan cukai barangan bernilai berbilion dolar. Ia menimbulkan kebimbangan tentang kesan konflik berpanjangan antara dua gergasi ekonomi itu ke atas ekonomi sedunia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.