Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

AS, China perlu 'giat berunding dengan menyeluruh' untuk redakan ketegangan, kata Dr Vivian Balakrishnan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan pada Khamis (2 Mac) menggesa Amerika Syarikat (AS) dan China agar "giat berunding secara menyeluruh dengan satu sama lain" serta meredakan ketegangan bagi Asia, khususnya di Selat Taiwan dan Laut China Selatan. 

Dr Balakrishnan berucap di Mesyuarat Menteri Luar G20 di New Delhi, India, di mana beliau menarik perhatian mengenai pentingya menyokong pendekatan berbilang pihak bagi menangani cabaran sejagat. 

"Kami memerlukan kepimpinan kedua-dua AS dan China jika kami ingin menangani sebarang cabaran global yang sedang kami hadapi," tekan Dr Balakrishnan. 

Beliau turut memberi amaran tentang perpecahan  teknologi dan ekonomi. 

"Saya sedia maklum bahawa keselamatan nasional penting bagi mewujudkan rantaian bekalan yang lebih berdaya tahan. Namun, jika perpecahanberlaku akan menyebabkan kenaikan kadar inflasi, kemajuan teknologi yang lembap dan perkembangan dan kerjasama yang berkurangan,"ujar Dr Balakrishnan. 

"Kami harus menyokong pendekatan berbilang pihak; bukan sekadar dengan kata-kata, tetapi mengawal diri untuk menerima rejim berteraskan  peraturan yang tidak seharusnya memberikan kami segala yang kami inginkan setiap kali," tambahnya. 

Mesyuarat G20 pada Khamis berlangsung di tengah-tengah pencerobohan Rusia di Ukraine, yang genap setahun minggu lalu. AS dan sekutu-sekutunya mengutuk keganasan Mosko itu sebagai satu ancaman kepada keamanan dan keselamatan masyarakat antarabangsa berdasarkan undang-undang. 

"Perang di Ukraine perlu dihentikan," kata Dr Balakrishnan. 

"Kami semua harus mematuhi Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mempertahankan hak semua negara, besar atau kecil, agar kedaulatan dan integriti wilayah dihormati sepenuhnya."

Tambah Dr Balakrishnan, PBB, Institut Bretton Woods dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) harus diperbaharui untuk mencerminkan realiti masa kini serta keperluan masa depan yang akan timbul. 

"Saya ingin merayu khususnya kepada WTO kerana Singapura merupakan negara kecil di mana jumlah perdagangan kami dua kali ganda hasil dalam negara kasar (GDP). Sekiranya anda mempunyai pendapat bertentangan, lakukan rombakan, tetapi jangan lumpuhkan WTO," kata Dr Balakrishnan. 

"Saya berbesar hati kerana Pengarah Agung WTO baru sahaja memberitahu saya bahawa terdapat kemajuan dalam menggerakkan Badan Rayuan WTO pada masa akan datang." 

Dr Balakrishnan turut menyeru G20 agar menunaikan persetujuan iklim Paris. "Kami harus meningkatkan sasaran secara menyeluruh jika kami ingin menangani perubahan iklim dengan berkesan. Ia secara langsung akan merumitkan jaminan bekalan makanan bagi kita semua." 

Dr Balakrishnan dijadual bertemu dengan Menteri Ehwal Luar India S Jaishankar dan Penasihat Keselamatan Negara, Ajit Doval pada Jumaat (3 Mac) sebelum berangkat pulang.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan