Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

China harus putuskan sendiri sama ada kehadirannya di Dialog Shangri-La 'tambah nilai', kata Ng Eng Hen

China harus membuat keputusan sendiri tentang sama ada penyertaannya dalam platform terbuka, seperti Dialog Shangri-La, akan "menambah nilai", kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen.
 

Anggaran Waktu Membaca:
China harus putuskan sendiri sama ada kehadirannya di Dialog Shangri-La 'tambah nilai', kata Ng Eng Hen

Menteri Pertahanan Ng Eng Hen di Dialog Shangri-La pada 12 Jun 2022. (Gambar: Twitter/IISS News)

SINGAPURA: China harus membuat keputusan sendiri tentang sama ada penyertaannya dalam platform terbuka, seperti Dialog Shangri-La, akan "menambah nilai", kata Menteri Pertahanan Ng Eng Hen.

Dr Ng berkata demikian sebagai menjawab soalan yang diajukan seorang pegawai tentera China pada Ahad (12 Jun) di akhir sesi pleno forum keselamatan tahunan itu, yang berlangsung di hotel Shangri-La.

"Sebilangan orang menyifatkan Dialog Shangri-La sebagai pemikiran yang positif. Ia adalah forum yang menghimpunkan pegawai berpangkat tinggi dan cendekiawan dari rantau ini bagi meningkatkan perhubungan dan pertukaran," kata Zhao Xiaozhuo, zamil kanan di Akademi Sains Tentera dan wakil Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) China.

"Tetapi ada juga pandangan negatif: Pandangan (bahawa) Dialog Shangri-La, sebagai forum, yang didominasi Amerika Syarikat (AS) dan sekutu-sekutunya, yang memberi tumpuan kepada kepentingan AS dan sekutu-sekutunya. Dan juga topik-topik yang dibincangkan sering merujuk kepada perbezaan, berbanding kerjasama.

"Jadi soalan saya ialah, apakah peranan yang dimainkan Dialog Shangri-La sejak beberapa tahun lalu bagi keselamatan Asia Pasifik apakah pandangan anda tentang komen dan pandangan yang saya sebutkan tadi?"

Menjawab, Dr Ng menarik perhatian kepada pandangan berbeza dalam sidang-sidang sedemikian, sambil merujuk kepada Forum Xiangshan, sebuah acara yang dianjurkan di China, yang juga menangani isu-siu keselamatan dan pertahanan di Asia.

"Kadangkala, ia bergantung kepada citarasa," kata beliau. "Saya boleh bayangkan individu dari PLA datang ke sini dan menyifatkan dialog ini tidak teratur dan kecoh (bahawa) ini adalah cara Barat berkongsi idea secara bebas, dan dari itu, anda seharusnya menimba ilmu dan menyifatkannya sebagai sangat berkecamuk. Ia sesuatu yang benar-benar kami faham."

Namun ada juga pandangan lain, kata Dr Ng, yang menarik perhatian bahawa ada individu yang tidak gemar menghadiri forum yang "terlalu berstruktur, terlalu dapat dijangkakan".

"Mereka rasa ia terlalu dirancang," kata beliau. "Hasilnya sudahpun ditetapkan... jadi katakan sahaja dan kirimkan saya sesuatu dan saya boleh baca, daripada saya terbang beribu-ribu batu untuk datang di Singapura?

"Bagi China, negara itu perlu membuat keputusan sendiri sama ada Dialog Shangri-La menambah nilai. Tiada paksaan untuk anda hadir.

Dalam wawancara dengan media selepas sesi tersebut, Dr Ng juga ditanya tentang kemungkinan China mungkin menghantar delegasi yang berpangkat lebih rendah pada masa depan, atau langsung tidak hadir dalam Dialog Shangri-La.

"Nilainya harus bagi sesiapa sahaja, sama ada mereka rasa pada akhirnya, mereka meraih manfaat atau tidak," kata beliau.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan