Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Chiam See Tong undur diri, 4 muka baru diundi masuk CEC SPP

Pemimpin pembangkang veteran, Chiam See Tong, akan digantikan sebagai Setiausaha Agung Parti Rakyat Singapura (SPP) selepas 23 tahun menerajuinya menyusuli pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang baru pada Rabu (16 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Oct 2019 11:00AM Dikemas Kini : 17 Oct 2019 09:47PM

SINGAPURA: Pemimpin pembangkang veteran, Chiam See Tong, akan digantikan sebagai Setiausaha Agung Parti Rakyat Singapura (SPP) selepas 23 tahun menerajuinya menyusuli pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang baru pada Rabu (16 Okt).

Cik Lina Chiam, pengerusi SPP sebelum pemilihan pada Rabu, dipilih semula ke dalam CEC meskipun kedudukan rasminya masih belum lagi diputuskan.

Pengunduran Encik Chiam daripada badan pembuat keputusan tertinggi parti tersebut diumumkan semasa Sidang Biasa SPP dwitahunan semalam di mana 12 anggota dipilih untuk membentuk CEC yang baru.

Meskipun Encik Chiam tidak akan lagi memimpin parti berkenaan, kata Cik Chiam, beliau akan tetap kekal sebagai seorang anggota.

Daripada 12 anggota yang dipilih ke dalam jawatankuasa tersebut, empat adalah muka baru.

Mereka adalah:

Mr Raymond, 47, chief strategy officer of communications firm Spin Worldwide. He once served as Foreign Affairs Minister Vivian Balakrishnan’s press secretary.

Encik Jose Raymond, 47 tahun, ketua pegawai strategi perhubungan syarikat Spin Worldwide. Beliau pernah berkhidmat selaku setiausaha media Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan.

Encik Ariffin Sha, 22 tahun, seorang mahasiswa undang-undang yang kini menuntut di luar negara di Universiti Wellington di Victoria, New Zealand. Beliau aktif menyumbang kepada laman web sosiopolitik The Online Citizen.

Encik Eman Lim, 39 tahun, pengarah pembangunan korporat di By Definition Pte Ltd, sebuah perusahaan sosial.

Encik Jalil Wari, seorang penyokong setia Encik Chiam.

Encik Chiam, berusia 84 tahun, adalah Anggota Parlimen (AP) pembangkang yang paling lama berkhidmat. Beliau memulakan kerjayanya dalam bidang politik sebagai seorang calon perseorangan pada 1976 sebelum dipilih menjadi Anggota Parlimen kawasan undi Potong Pasir pada 1984.

Dalam satu mesyuarat sebelum Rabu, para anggota SPP menyatakan kemungkinan tampuk kepimpinan jatuh ke tangan Encik Raymond atau Encik Steve Chia, setiausaha penganjur SPP yang pernah mengetuai Parti Perpaduan Nasional (NSP) suatu ketika dahulu.

Encik Chia juga turut dipilih ke dalam CEC pada Rabu.

Menurut Encik Raymond, kedudukan rasmi para anggota CEC akan diumumkan dalam tempoh tiga minggu dari tarikh Persidangan.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan