Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Chiam See Tong: S'pura bertuah dapat Encik Lee Kuan Yew sebagai Perdana Menteri Pertama

"Singapura beruntung kerana mempunyai Encik Lee Kuan Yew sebagai Perdana Menteri pertamanya."

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Mar 2015 08:47PM Dikemas Kini : 27 Mar 2015 09:38PM

SINGAPURA: "Singapura beruntung kerana mempunyai Encik Lee Kuan Yew sebagai Perdana Menteri pertamanya."

Demikian kata ahli politik pembangkang, Chiam See Tong, di Bangunan Parlimen siang tadi selepas memberikan penghormatan terakhirnya kepada mendiang Lee.

Meskipun keadaan kesihatannya kurang baik, Encik Chiam tetap datang bagi memberikan penghormatannya.

Beliau ditemani isteri, Anggota Parlimen tanpa Kawasan Undi, Lina Chiam,serta Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Dr Vivian Balakrishanan. 

Encik Chiam disambut oleh Perdana Menteri, Lee Hsien Loong serta isteri.

Encik Chiam merupakan Anggota Parlimen pembangkang yang paling lama berkhidmat di Singapura.

Sumber : CNA/nt
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan