Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Chia Boon Leong, satu-satunya pemain bola sepak SG beraksi di Olimpik, meninggal dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Chia Boon Leong, satu-satunya pemain bola sepak SG beraksi di Olimpik, meninggal dunia

Gambar: Facebook/Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS)

SINGAPURA: Encik Chia Boon Leong, satu-satunya pemain bola sepak Singapura yang beraksi di Sukan Olimpik, meninggal dunia pada Selasa (20 Dis) pada usia 97 tahun.

Demikian diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) pada Rabu (21 Dis).

Digelar "Twinkletoes" atas kebolehannya menggelecek dan mengawal bola dengan baik, Encik Chia mewakili pasukan China semasa Sukan London 1948 dalam kekalahan 4-0 kepada pasukan Turki, menurut FAS dalam hantaran Facebooknya.

"Encik Chia adalah sebahagian daripada pasukan Singapura yang memenangi tiga Piala Malaysia secara berturut-turut, dari 1950 hingga 1952," tambah FAS.

Selepas bersara, Encik Chia masih terus meluangkan masanya untuk bola sepak tempatan.

"Mendiang menjadi anggota majlis FAS dan juga pengurus pasukan kebangsaan secara sambilan antara 1977 hingga 1980," menurut FAS.

Sebagai tanda hormat kepada mendiang, para pemain akan bertafakur selama seminit sebelum perlawanan pembukaan Piala AFF Mitsubishi Electric antara Singapura dan Myanmar pada Sabtu (25 Dis).

"Kami menyampaikan takziah yang mendalam kepada keluarga Encik Tan dan orang-orang tersayang sewaktu masa yang sukar ini," tulis FAS.

Encik Chia mula menarik perhatian para jurulatih China semasa mendiang mewakili pasukan Lien Hwa atau United Chinese, semasa jelajah bola sepak pada 1947, menurut laman web Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC).
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan