Skip to main content

Singapura

Cheers pecat pekerja terbabit pertikaian dengan polis di cawangan Lau Pa Sat

Anggaran Waktu Membaca:
Cheers pecat pekerja terbabit pertikaian dengan polis di cawangan Lau Pa Sat

Insiden tersebut berlaku di sebuah cawangan Cheers di Lau Pa Sat pada Tahun Baru. (Gambar: TikTok/confederateginger)

SINGAPURA: FairPrice mengarahkan pemilik francais Cheers untuk memberhentikan pekerjanya berikutan pertikaian antara pekerja itu dengan polis di Lau Pa Sat pada Tahun Baru.

Dalam satu kenyataan yang dikemas kini, seorang jurucakap FairPrice berkata Cheers dengan serta merta mengarahkan pekerja itu diletakkan di bawah cuti pentadbiran dan pihaknya menjalankan siasatan selepas ia dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

"Kami sudah bercakap dengan pekerja itu dan menyiasat kejadian tersebut dan mengarahkan pemilik francais untuk memecat pekerja berkenaan," kata jurucakap itu pada Rabu (4 Jan).

"Semua pekerja, tidak kira sama ada mereka diambil kerja oleh pemilik francais, harus bekerjasama dengan pihak berkuasa. Kami tidak akan bertolak ansur terhadap pekerja yang gagal berbuat demikian."

Lima video insiden itu, yang berlaku di kedai serbaneka itu sekitar pukul 8.00 malam, dimuat naik di platform media sosial TikTok oleh pengguna dengan nama akaun confederateginger.

<< Baca: 2 lelaki bantu siasatan polis berikutan pertikaian di cawangan Cheers Lau Pa Sat >>

Dalam satu kenyataan sebelum ini, FairPrice meminta maaf atas "keprihatinan awam berikutan insiden itu".
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita