Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Chee Soon Juan kritik hasil semakan EBRC terhadap SMC Bukit Batok

Anggaran Waktu Membaca:
Chee Soon Juan kritik hasil semakan EBRC terhadap SMC Bukit Batok

Ketua Parti Demokratik Singapura (SDP) Chee Soon Juan.

Diterbitkan : 13 Mar 2025 07:17PM Dikemas Kini : 13 Mar 2025 07:24PM
SINGAPURA: Ketua Parti Demokratik Singapura (SDP) Chee Soon Juan mengkritik keputusan Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi (EBRC) yang menggabungkan SMC Bukit Batok ke dalam sebuah GRC, iaitu GRC Jurong East-Bukit Batok.

Dalam satu video media sosial, Encik Chee mendakwa bahawa ini suatu langkah mahu melemahkan pihak pembangkang.

Dr Chee berkata: "Dan kini dengan satu perubahan, saya mendapati usaha bertahun-tahun yang saya lakukan terjejas, dengan kawasan ini diserapkan menjadi GRC, kawasan yang kini lima kali lebih besar."

Semasa Pilihan Raya Umum 2020, Dr Chee kalah kepada calon PAP, Encik Murali Pillai, bagi SMC Bukit Batok.

Beliau juga sebelum itu kalah kepada Encik Murali semasa pilihan raya kecil 2016.

Encik Chee berkata, dengan perubahan sempadan pilihan raya bagi GE2025, beliau akan memikir semula strateginya dan akan mengumumkan rancangan SDP tidak lama lagi.
Sumber : CNA/DY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan