Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Chee Hong Tat utus takziah kepada keluarga pegawai LTA maut dalam kemalangan

Anggaran Waktu Membaca:
Chee Hong Tat utus takziah kepada keluarga pegawai LTA maut dalam kemalangan

(Gambar: Facebook/Chee Hong Tat)

Diterbitkan : 05 Jun 2024 01:34PM Dikemas Kini : 05 Jun 2024 03:17PM
SINGAPURA: Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat menyampaikan takziah mendalam kepada keluarga pegawai Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) yang meninggal dunia semasa bertugas pada Selasa (4 Jun).

Allahyarham Zdulfika Ahakasah dilaporkan sedang mengejar penunggang motosikal yang melarikan diri di Ekspreswe Seletar (SLE) apabila nahas itu berlaku.
Dalam catatannya di Facebook pada Rabu (5 Jun), Encik Chee memaklumkan bahawa pengunggang motosikal tersebut sudah diberkas, dan kes itu sedang disiasat LTA dan Polis Trafik.

"Pegawai penguatkuasaan dan barisan hadapan kami menjalankan tugas mereka dengan berani dan penuh dedikasi.

"Takziah mendalam saya kepada keluarga Zdulfika," tulis Encik Chee.

Awal dari itu, LTA menyatakan ia sedang bekerjasama dengan Polis Trafik untuk "menyiasat kemalangan itu dengan teliti, dan membawa penunggang motosikal tersebut ke muka pengadilan".

"Polis akan menyiasat kes ini secara menyeluruh, dan memastikan mereka yang bertanggungjawab akan berdepan tindakan undang-undang sepenuhnya."

Video kemalangan itu menunjukkan Allahyarham Zdulfika hampir berhenti sebelah penunggang motosikal terbabit di bahu jalan.

Namun, penunggang itu memecut secara tiba-tiba ke sebelah kanan untuk menuju ke susur keluar ekspreswe. Encik Zdulfika mengejarnya namun merempuh penghadang jalan.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan