Chee Hong Tat pimpin pasukan PAP di GRC Bishan-Toa Payoh selepas Ng Eng Hen umum bersara
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat akan memimpin pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Bishan-Toa Payoh dalam Pilihan Raya Umum kali ini menyusuli pengumuman Dr Ng Eng Hen akan bersara daripada politik.
Pasukan tersebut juga akan menampilkan dua muka baharu.
Pasukan PAP di GRC Bishan-Toa Payoh menyaksikan perubahan ketara bagi Pilihan Raya Umum akan datang (GE2025).
Selain Dr Ng Eng Hen yang bersara daripada politik, Encik Chong Kee Hiong yang menjadi Anggota Parlimen GRC itu sejak 2015 turut mengundurkan diri.
Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat akan memimpin pasukan empat anggota PAP di GRC Bishan-Toa Payoh bagi Pilihan Raya Umum kali ini.
Encik Chee berkata: "Saya dan pasukan saya akan terus mendengar dengan teliti maklum balas dan cadangan anda, dan kami akan bekerjasama dengan rakan kongsi kami untuk melaksanakan idea-idea ini dan mencapai hasil yang baik untuk anda semua dalam persekitaran global yang bergolak dan tidak menentu ini."
Mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Dr Ng dan Encik Chong dalam pasukan PAP di GRC Bishan-Toa Payoh ialah dua calon baharu.
Mereka ialah Cik Elysa Chen, pengarah eksekutif agensi perkhidmatan sosial belia CampusImpact dan usahawan sosial, Encik Cai Yinzhou.
Encik Saktiandi Supaat juga akan bertanding sekali lagi untuk GRC ini.
"Fokus saya di sini adalah untuk menolong keluarga-keluarga menangani kenaikan harga, kedua, memfokuskan kepada warga emas dan keluarga muda, dan merangsang anak-anak muda untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.
"Kita akan menaik taraf lagi M³@Bishan Toa Payoh untuk menolong keluarga Melayu/Islam, meningkatkan keupayaan mereka, terutama sekali untuk anak-anak muda agar mereka boleh mempertingkatkan diri mereka," kata Encik Saktiandi.
Cik Gan Siow Huang akan mempertahankan kerusinya di SMC Marymount dalam Pilihan Raya Umum akan datang (GE2025).

Sumber : CNA/NY/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.