Chee Hong Tat harap dapat terus khidmat kepada penduduk GRC Bishan-Toa Payoh
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat berkata beliau berharap dapat terus berkhidmat kepada para penduduk
GRC Bishan-Toa Payoh.
Menurut Encik Chee, beliau dan pasukannya di GRC tersebut sedang menanti untuk mengetahui sama ada sempadan kawasan undi itu akan mengalami perubahan.
Awal minggu ini, Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi (EBRC) sudahpun dibentuk menjelang pilihan raya umum yang perlu diadakan pada tahun ini.

"Saya berharap dapat kekal di Bishan-Toa Payoh. Saya sudah berkhidmat di sini selama hampir 10 tahun dan saya harap saya dapat terus mernkhidmat kepada masyarakat dan penduduk di sini," kata Encik Chee.
"Saya masih ada sebilangan rancangan dan idea tentang apa yang boleh kami lakukan secara bersama dengan para penduduk kami, demi meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan di bandar kita, dan saya harap diberikan peluang untuk terus berkhidmat kepada mereka di kawasan ini," tambahnya.
Encik Chee berkata demikian selepas acara pengagihan limau kepada para penduduk di Hab HDB di Toa Payoh, anjuran Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat.
Beliau turut disertai rakan Anggota Parlimen (AP) Encik Saktiandi Supaat dan Cik Gan Siow Huang.
Acara itu bertujuan menggalak penghargaan kepada budaya satu sama lain.
"Kita dapat bertemu dengan para penduduk di kawasan undi Toa Payoh East untuk sama-sama menjayakan, menghiburkan suasana menyambut Hari Raya yang akan datang kepada bangsa Cina, iaitu sambutan Hari Raya Cina mereka. Ini pertama kali PA MESRA dengan kita balai rakyat kawasan undi East, West juga Marymount bekerjasama untuk menjayakan projek ini," kata Pengerusi, Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC), Toa Payoh East CC, Saimah Basir.

Sumber : CNA/QA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.