Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Chee Hong Tat dilantik Timbalan Setiausaha Agung NTUC

Menteri Negara Kanan Pengangkutan merangkap Ehwal Luar Chee Hong Tat akan menyertai gerakan buruh selaku Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) mulai 15 Mei. Demikian menurut NTUC pada Jumaat (7 Mei). 

Anggaran Waktu Membaca:
Chee Hong Tat dilantik Timbalan Setiausaha Agung NTUC

(Gambar: Enterprise Singapore)

Diterbitkan : 07 May 2021 12:57PM Dikemas Kini : 07 May 2021 12:59PM

SINGAPURA: Menteri Negara Kanan Pengangkutan merangkap Ehwal Luar Chee Hong Tat akan menyertai gerakan buruh selaku Timbalan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) mulai 15 Mei. Demikian menurut NTUC pada Jumaat (7 Mei).

Beliau akan menggantikan Menteri Negara Kanan Kesihatan Koh Poh Koon yang akan kembali ke Pemerintah secara sepenuh masa. Dalam rombakan Kabinet yang lalu pada 23 April, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan Dr Koh akan dilantik sebagai Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia di samping portfolio kesihatan yang dipegangnya.

Encik Chee akan meneruskan peranannya sebagai Menteri Negara Kanan Pengangkutan tetapi akan melepaskan jawatannya dalam Kementerian Ehwal Luar. Pelantikan ini akan berkuat kuasa 15 Mei.

Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Kumpulan bagi Kumpulan Latihan & Transformasi NTUC (NTUC T&T). 

Selain itu, Kesatuan Pekerja Tenaga & Gas (UPAGE) melantik Encik Chee sebagai anggota kader. Kesatuan Pekerja Industri Elektronik & Elektrik (UWEEI) juga melantik beliau sebagai Setiausaha Eksekutif.

"DSG Chee Hong Tat bukanlah orang asing kepada Gerakan Buruh," menurut NTUC dalam kenyataannya.

Beliau baru-baru ini menerima Darjah Utama Bakti Cemerlang sempena Anugerah Hari Buruh tahun ini atas sokongan padunya terhadap kepentingan dan perlindungan pekerja kesihatan serta pengangkutan awam."

Beliau sudah membantu menambah baik ramai pekerja dalam jawatannya yang lalu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Penguasa Pemasaran Tenaga (EMA) semasa berkhidmat di Kementerian Kesihatan dan sebagai Menteri Negara Kanan Pengangkutan, menurut kesatuan itu.

Dr Koh, yang dipilih bersama ke dalam Jawatankuasa Pusat NTUC sebagai Timbalan Setiausaha Agung pada 23 April 2018, memacu strategi dan usaha latihan NTUC.

"Beliau sudah lama menjadi penyokong kuat terhadap peningkatan gaji bagi pekerja bergaji rendah melalui Model Gaji Progresif," menurut NTUC.

Sebagai Setiausaha Eksekutif bagi Kesatuan Pekerja Industri Logam dan Kesatuan Pekerja Industri Elektronik & Elektrik, beliau memperkukuhkan hubungan pengurusan buruh dengan banyak syarikat dan memperjuangkan kepentingan serta perlindungan gaji, kesejahteraan dan prospek kerja para pekerja, tambah NTUC.

"NTUC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada DSG Koh Poh Koon atas jasa dan sumbangan beliau yang sangat berharga." 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan