Chee Hong Tat dilantik Timbalan Pengerusi MAS
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Kedua Kewangan Chee Hong Tat dilantik sebagai timbalan pengerusi lembaga pengarah Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
Encik Chee, yang juga Menteri Pengangkutan, akan memegang jawatan itu dari 23 Ogos 2024 hingga 31 Mei 2027, MAS mengumumkan pada Isnin (29 Jul).
Beliau dilantik menganggotai Lembaga Pengarah MAS pada 1 Jun.
Lembaga itu dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong.
Encik Gan sebelum ini memegang peranan timbalan pengerusi lembaga itu sejak 8 Jul 2023, sebelum mengambil alih sebagai pengerusi daripada Perdana Menteri Lawrence Wong pada 15 Mei.
Anggota lembaga MAS yang lain ialah:
Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat
Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Alvin Tan
Mantan Ketua Perkhidmatan Awam Peter Ong
Pengerusi NetLink NBN Management Chaly Mah
Penasihat Khas di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan Lim Hng Kiang
Peguam Negara Lucien Wong
Rakan kongsi bersara di PWC Deborah Ong
Rakan kongsi pengurusan di WongPartnership Ng Wai King
Pengarah Urusan MAS Chia Der Jiun
Di bawah Akta MAS, lembaga pengarah dilantik oleh Presiden. Pengerusi dilantik oleh Presiden atas cadangan Kabinet.
Lembaga itu bertanggungjawab ke atas dasar dan pentadbiran am hal ehwal dan perniagaan MAS. Ia memaklumkan pemerintah tentang dasar kawalselia, penyeliaan dan kewangannya. Lembaga itu bertanggungjawab kepada parlimen melalui Menteri yang bertanggungjawab bagi MAS.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.