Chee Cheong Fun halal usahawan muda Melayu/Islam terima pujian PM Wong
Anggaran Waktu Membaca:
Petikan skrin kunjungan Perdana Menteri Lawrence Wong ke gerai Halal Chee Cheong Fun. (Gambar: Instagram/Lawrence Wong)
SINGAPURA: "Sosnya bagus, sangat sedap!"
Inilah pujian kepada usahawan muda Melayu/Islam yang menjual Chee Cheong Fun halal di sekitar kawasan Tampines baru-baru ini.
Namun, pujian ini bukan daripada calang-calang pelanggan - pujian itu disampaikan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong sendiri!
Pada Sabtu (18 Apr), PM Wong memuat naik video ringkas di laman Instagram beliau, yang memaparkan kunjungan beliau ke gerai 'Halal Chee Cheong Fun' yang terletak di sebuah kedai kopi di Blok 138 Tampines Street 11.

Interaksi santai antara PM Wong dengan peniaga itu, Mohammad Hazzuwan Mohd Halim turut menarik perhatian ramai dengan video itu kini menerima lebih 30,000 'like' (tanda suka) dan dikongsikan dengan lebih 3,600 orang lain.
Chee Cheong Fun merupakan hidangan yang diperbuat daripada adunan tepung beras yang dikukus hingga menjadi lembaran licin, yang digulung dan biasanya disiram dengan kicap, minyak bijan dan sambal.

Encik Hazzuwan, 32 tahun, memberitahu BERITA Mediacorp: "Alhamdullilah, kami terkejut melihat beliau datang ke gerai kami.
"Seronok dapat berbual dengan beliau secara peribadi dan ia satu penghormatan bagi kami.
"Apabila mendapat maklum balas positif daripada beliau, memang rasa sangat bersyukur dan terharu.

"Beliau beri kami semangat untuk terus maju dan kekalkan mutu makanan kami."
USAHA SAMA 2 BEKAS PEMAIN BOLA SEPAK
Encik Hazzuwan merupakan rakan kongsi bersama pemilik 'Halal Chee Cheong Fun', Encik Muhammad Nurullah Mohamed Hussein, 33 tahun.

Menariknya, kedua-dua mereka adalah pemain bola sepak profesional Liga Perdana Singapura sebelum ini dan pernah bermain bersama-sama dalam satu pasukan di kelab Balestier Khalsa.
Nurullah kemudian berpindah ke Geylang International pada 2020 sebelum bersara pada tahun yang sama.
Hazzuwan pula berpindah ke Geylang International pada 2022 dan kemudian ke Hougang United pada 2023, sebelum bersara pada 2025.

Encik Hazzuwan juga pernah memenangi Anugerah Pemain Muda Terbaik Liga S pada 2017.
BERMULA DARI RUMAH
Perniagaan itu malah dimulakan Encik Nurullah dan isterinya sebagai perniagaan dari rumah (HBB) sekitar enam tahun lalu berbekalkan resipi ibu mertuanya.
"Kebetulan sebelum berkahwin, ibu kepada bakal isteri saya ketika itu, selalu buat 'chee cheong fun' untuk diberikan kepada keluarga saya.
"Selepas berkahwin semasa musim COVID-19 pada 2020, saya dan isteri bercadang untuk menjualnya sebagai HBB. Tak sangka responsnya bagus dan positif.
"Kemudian pada 2021, saya bercadang untuk mengambil risiko dengan membuka gerai sekalipun saya tidak lagi mempunyai sebarang kontrak bola sepak," kongsi Encik Nurullah kepada BERITA Mediacorp.
Beliau menambah, keputusan untuk menjual Chee Cheong Fun adalah kerana Chee Cheong Fun yang halal tidak banyak dijual secara amnya.
"Ada juga yang jual tetapi lebih kepada 'Chinese-style'. Saya nak orang Melayu dan Islam kita tidak berasa ragu-ragu apabila mereka nak makan.
"Sos saya juga lebih memenuhi 'tekak' orang Melayu dan kami meletakkan hirisan cili padi di atas. Sos kami juga dibuat baharu setiap hari," ujar Encik Nurullah.
Perniagaan 'Halal Chee Cheong Fun' menjual Chee Cheong Fun versi 'original', Chee Cheong Fun udang, Chee Cheong Fun ayam panggang, selain Otak-Otak, Siew Mai Goreng, dan 'Tiger Prawn Rolls'.
UTAMAKAN MUTU HIDANGAN
Seperti yang dipaparkan dalam video PM Wong, Chee Cheong Fun halal yang dijual mereka 'ada rasa'.
Yang pasti, itu juga yang ditekankan Encik Nurullah dalam perniagaannya.

"Untuk maju dalam perniagaan bukan sahaja makanan harus berkualiti, saya juga percaya kita harus jujur dalam perniagaan - yakin kepada sikap memberi tanpa mengharapkan apa-apa.
"Apabila pelanggan memberi maklum balas positif atau negatif, ia tetap akan memberi saya semangat untuk melakukan yang lebih baik lagi setiap hari," kongsi Encik Nurullah.
Beliau juga menjelaskan bahawa beliau tidak begitu terjejas dengan tekanan harga serta kenaikan kos bahan.
Ini didorong oleh perancangannya dalam membuat kiraan kos yang sewajarnya dalam perniagaan itu, tambahnya.
"Tujuan saya melakukan ini adalah untuk menghidangkan kepada pelanggan saya dengan hati yang ikhlas serta memuaskan dan mengenyangkan mereka dengan makanan saya.
"Saya akan cuba sedaya upaya saya untuk tidak menaikkan harga dan menjadikannya kekal dimampui.
"Yang penting, kita buat dengan ikhlas, penuh rasa kasih sayang dan bertawakal," ujarnya.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.