Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

'Check-in' lebih cepat can mudah guna SafeEntry Gateway baru

Alat SafeEntry Gateway yang baru ditempatkan di pusat-pusat beli-belah, pawagam dan beberapa lokasi yang menerima kunjungan ramai orang melancarkan lagi aliran keluar masuk pengunjung di tempat-tempat tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Apr 2021 09:20PM Dikemas Kini : 19 Apr 2021 09:35PM

SINGAPURA: Alat SafeEntry Gateway yang baru ditempatkan di pusat-pusat beli-belah, pawagam dan beberapa lokasi yang menerima kunjungan ramai orang melancarkan lagi aliran keluar masuk pengunjung di tempat-tempat tersebut.

Dengan alat itu ditempatkan di pusat beli-belah NEX sejak pertengahan Februari lalu, proses masuk ke pusat beli-belah menjadi "lebih cepat dan mudah" bagi mereka yang menggunakan token dan aplikasi TraceTogether, "meskipun pada waktu sibuk", menurut seorang jurucakap pusat beli-belah itu.

Kakitangan masih ditempatkan di enam pintu masuk NEX untuk memantau pemeriksaan suhu badan dan pemakaian pelitup, tambah jurucakap itu.

"Lama kelamaan, kami menjangkakan prosesnya lebih lancar sedang para pengunjung menjadi lebih biasa dengan token dan aplikasi TraceTogether yang diwajibkan ke atas semua orang," menurut jurucakap NEX.

Pada Mac lalu, Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGG) mengumumkan bahawa beberapa tempat dengan jumlah pengunjung yang ramai seperti pusat beli-belah, pawagam, daya tarikan berpagar dan pasar raya, yang dipilih akan menggunakan alat SafeEntry Gateway mulai Isnin (19 Apr).

Tempat-tempat lain termasuk cawagan runcit yang besar, perpustakaan awam, muzium dan galeri tertentu, rumah-rumah ibadat dan rumah urus mayat yang mempunyai dewan bagi upacara kematian.

Hospital-hospital privet dan awam, pusat khas kebangsaan, hospital masyarakat dan poliklinik juga perlu menggunakan alat SafeEntry Gateway itu.

Ia juga akan ditempatkan di pasar basah yang popular termasuk Pasar Geylang Serai, Pasar Chong Pang, pasar di Blok 20 dan 21 Marsiling Lane dan Blok 505 Jurong West Street 52.

CapitaLand, yang mengendalikan pusat belia-belah seperti Funan dan ION Orchard akan memulakan penggunaan SafeEntry Gateway di pintu-pintu masuknya di merata bangunan masing-masing mulai hari ini.

"Kami akan memantau dan menyemak maklum balas pengguna, memastikan pusat-pusat beli-belah kami beroperasi dalam had pengunjung yang ditetapkan dan melaksanakan langkah-langkah yang sesuai sejajar dengan garis panduan pihak berkuasa," menurut jurucakap CapitaLand.

Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) memberitahu Mediacorp, pihaknya juga sudah memulakan penggunaannya di semua perpustakaan awam, Perpustakaan Negara, Arkib Negara Singapura dan bekas Kilang Ford.

Alat Gateway itu "sangat berguna" semasa waktu sibuk untuk mengurangkan kesesakan di pintu-pintu masuk, membolehkan proses masuk yang "lancar dan lebih berkesan", menurut seorang jurucakap NLB.

"Sejumlah kecil kakitangan ditempatkan ke pintu-pintu masuk untuk memastikan pengunjung yang mendaftar masuk menggunakan pelbagai kaedah, termasuk SafeEntry Gateway, melakukannya dengan betul di perpustakaan-perpustakaan. Mereka juga membantu menguruskan pengunjung yang beratur dan bersedia untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan," tambah jurucakap itu.

SafeEntry Gateway membolehkan pengunjung masuk dengan meletakkan token atau menggunakan aplikasi TraceTogether pada jarak tidak melebihi 25 sentimeter daripada alat itu atau sebuah kotak - sama seperti menggunakan kad EZ-Link dalam pengangkutan awam.

Kotak itu akan mengeluarkan bunyi 'beep' dan menunjukkan lampu hijau jika dilakukan dengan betul. Bagi mereka yang menggunakan telefon bimbit, aplikasi itu mesti dibuka untuk berfungsi. 

Sumber : CNA/NK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan