Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Cheang Eng Hock & isteri didakwa sengaja ganggu jiran seorang jururawat; teriak sindir 'penular COVID-19'

Seorang lelaki didakwa pada Jumaat (21 Mei) kerana mengganggu jirannya, salah seorang daripadanya seorang jururawat dari Hospital Besar Sengkang. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 May 2021 11:13AM Dikemas Kini : 21 May 2021 10:49PM

SINGAPURA: Seorang lelaki didakwa pada Jumaat (21 Mei) kerana mengganggu jirannya, salah seorang daripadanya seorang jururawat dari Hospital Besar Sengkang.

Cheang Eng Hock, 55 tahun, dikenakan dua tuduhan sengaja menyebabkan gangguan. Isterinya, Lim Sok Lay, berusia 48 tahun, dijangka dikenakan enam tuduhan serupa dan satu tuduhan gangguan awam.

Jiran mereka, seorang jururawat lelaki dan isteri beliau, mengadu kepada polis tentang gangguan itu pada Mei tahun lalu. Pasangan itu memfailkan lebih banyak aduan polis berhubung insiden yang didakwa sebagai gangguan antara Oktober 2020 hingga Januari 2021. Ini meskipun kedua-dua pasangan jiran itu menghadiri proses pengantaraan pada Jun 2020.

Hospital Besar Sengkang juga membuat aduan polis pada Mei tahun lalu sambil menarik perhatian kepada satu video yang dimuat naik oleh salah seorang jururawatnya berhubung sikap seorang jiran.

Hospital itu menyatakan para pekerja perubatannya layak diberikan pertimbangan sewajarnya, penghormatan dan persekitaran yang selamat baik di tempat kerja mahupun di rumah. Ia juga menggesa orang awam supaya menghormati pekerja perubatan.

Pasangan tertuduh itu didakwa memaki hamun dan mengkeji jiran tetangga mereka itu di samping tindakan mereka menyimbah air yang bersabun.

Polis dalam satu kenyataan awal menyatakan ia sudahpun kekal berhubungan dengan semua pihak yang terlibat dan menasihati mereka supaya mengurangkan kontak serta interaksi antara satu sama lain.

Jika didapati bersalah sengaja menyebabkan gangguan, Cheang boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan