Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Chc Construction didenda S$13,000; rosakkan 28 pokok di Yio Chu Kang

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebanyak 28 pokok di Yio Chu Kang Road rosak setelah sebuah syarikat binaan menjalankan kerja-kerja penggalian tanpa kebenaran pada 2020. 

Chc Construction pada Khamis (11 Ogos) didenda S$13,000 setelah mengaku bersalah atas tiga tuduhan di bawah Peraturan Taman dan Pokok sebelum ini.

Tiga lagi tuduhan diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Pokok-pokok yang rosak terdiri daripada 25 pokok hujan-hujan dan tiga pokok angsana. 

Tiga daripada pokok itu terpaksa dibuang atas sebab keselamatan disebabkan oleh kerosakan akar yang meluas.

25 pokok yang tidak terjejas juga sudah dicantas. 

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mendapatkan khidmat Chc Construction untuk menggantikan susur di bahagian tengah Yio Chu Kang Road. 

Pokok-pokok itu ditanam di bahagian tengah kawasan tersebut. Semua pokok itu sudah ditanda untuk dikekalkan sebelum kerja-kerja penggalian dimulakan.

Sekitar 18 September 2020, Lembaga Taman Negara (NParks) mendapati pokok-pokok itu rosak. Ia mengeluarkan arahan kepada LTA untuk menghentikan kerja-kerja berkenaan pada 24 September 2020. 

Siasatan NParks mendapati pokok-pokok itu, dengan lilitan berukura antara 0.5 meter hingga 3.2 meter, mengalami kerosakan pada akarnya dan sesetengah akar turut terputus. 

Chc Construction juga mengaku ia gagal memaklumkan NParks atau LTA mengenai kerosakan pada pokok-pokok berkenaan. 

Ia juga mengaku telah menjalankan kerja jalan raya tanpa mendapatkan kelulusan daripada Pesuruhjaya Taman dan Riadah. 

Hukuman bagi kesalahan ini adalah denda sehingga $30,000 . 

Hukuman bagi kesalahan melakukan aktiviti yang boleh merosakkan pokok di taman awam pula adalah denda sehingga S$5,000. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan