Charles Yeo Yao Hui digugurkan daripada Daftar Peguam
Peguam pelarian Charles Yeo Yao Hui sudah disingkirkan daripada daftar peguam, dengan Mahkamah Tiga Hakim menyatakan bahawa dirinya “langsung tidak layak untuk memegang gelaran ahli dalam kerjaya undang-undang yang dihormati ini”.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Peguam pelarian Charles Yeo Yao Hui sudah disingkirkan daripada daftar peguam, dengan Mahkamah Tiga Hakim menyatakan bahawa dirinya “langsung tidak layak untuk memegang gelaran ahli dalam kerjaya undang-undang yang dihormati ini”.
Dalam penghakiman yang diterbitkan pada Jumaat (28 Nov), mahkamah menegaskan “kelakuan online yang memalukan” oleh Yeo serta “kecenderungannya menyerang integriti dan ketelusan sistem kehakiman” dalam memutuskan bahawa kesalahannya wajar dikenakan penyingkiran.
Yeo melarikan diri dari Singapura pada 2022 ketika berdepan dengan pertuduhan jenayah dan kali terakhir diketahui berada di Britain.
Persatuan Guaman Singapura (LawSoc) mengemukakan lima permohonan terhadapnya untuk mengenakan tindakan disiplin. Ini termasuk bagi salah urus wang dan rekod perakaunan; kegagalan berkomunikasi secara langsung dengan tiga pekerja hijrahan untuk mengesahkan identiti serta arahan mereka walaupun beliau bertindak bagi pihak mereka dalam tuntutan kecederaan di tempat kerja; penyalahgunaan proses mahkamah; dan penerbitan dalam akaun Instagramnya yang menjejaskan integriti badan kehakiman dan Peguam Negara.
Aturan dibuat bagi membolehkan Yeo menyertai prosiding melalui Zoom pada hari perbicaraan pada 11 September, namun dia tidak menghadirkan diri.
Sebaliknya, Yeo memuat naik catatan di Instagram yang antara lain menyatakan bahawa dia tidak bercadang untuk berurusan dengan “mahkamah kanggaru Singapura” dan “memandang hina” terhadapnya.
Mahkamah Tiga Hakim, yang dianggotai Hakim Besar Sundaresh Menon serta Hakim-Hakim Rayuan Tay Yong Kwang dan Steven Chong, mendapati semua pertuduhan terhadap Yeo sudah dibuktikan dan tiada hukuman lain yang sesuai selain menyingkirkannya daripada senarai peguam.
“NYATA TIDAK LAYAK”
Membacakan penghakiman, Hakim Chong berkata kegagalan Yeo “jauh melebihi kesilapan terpencil”.
“Sebaliknya, tahap ketidakpatuhan, baik dari segi jumlah kejadian yang jelas sistemik dan berulang, mahupun kualiti salah laku yang jauh lebih rendah daripada tahap integriti, kejujuran dan kebolehpercayaan asas yang dijangka daripada anggota mana-mana kerjaya terhormat, jelas menunjukkan kecacatan serius pada wataknya yang menjadikan responden nyata tidak layak untuk kekal sebagai pegawai mahkamah serta peguam bela dan peguam cara di Singapura,” kata Hakim Chong.
Mahkamah menyatakan bahawa adalah “tidak lazim” bagi seorang peguam didapati melanggar semua kewajipan profesional seperti yang digariskan dalam pertuduhan terhadap Yeo.
Hakim Chong berkata bahawa “tahap tidak sesuai” Yeo terbukti melalui “ketidakupayaannya untuk memenuhi tanggungjawab asas seorang pengamal undang-undang”.
“Kesan kumulatif daripada semua ketidakpatuhan etika ini” menggambarkan seorang pengamal undang-undang yang “bersikap sambil lewa” terhadap langkah-langkah perlindungan yang direka untuk menjaga kepentingan klien, mengabaikan kewajipan paling asas kepada mahkamah dan “berkelakuan dengan cara yang sangat tidak wajar secara terbuka sehingga mencemarkan nama baik profesion,” kata Hakim Chong.
Yeo diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara pada Ogos 2016. Dia tidak mempunyai sijil amalan sah antara April 2022 dan Jun 2022.
Sekitar Februari 2022, sebuah syarikat perakaunan dilantik oleh LawSoc untuk memeriksa buku akaun syarikat Whitefield Law, di mana Yeo merupakan seorang pengarah.
Laporan susulan mengenal pasti sekurang-kurangnya 185 ketidakpatuhan Peraturan Akaun Peguam (SAR). Ini termasuk wang yang dikeluarkan dari akaun klien tanpa kebenaran mahkamah, serta wang klien yang dimasukkan ke dalam akaun pejabat dan bukannya akaun klien.
Bagi pertuduhan berkaitan media sosial, mahkamah meneliti empat kategori kandungan “yang tidak wajar”.
Kategori tersebut termasuk: penerbitan yang memperlekehkan badan kehakiman; menyerang integriti, ketelusan atau kebebasan Peguam Negara; penerbitan yang membawa kepada penghinaan mahkamah (sub judice); dan "serangan tidak beradab terhadap rakan peguam lain".
Penghakiman turut menyenaraikan beberapa perenggan panjang daripada catatan-catatan berkenaan, yang tidak akan diterbitkan semula oleh Mediacorp.
Mahkamah mendapati Yeo “mendedahkan banyak kecacatan dari segi perwatakan" yang menjadikannya “jelas tidak layak untuk dikekalkan sebagai pengamal undang-undang di Singapura”.
Dia menunjukkan “pola kecuaian profesional dan sikap sambil lewa terhadap tanggungjawab serius dalam memegang wang klien serta memastikan kepentingan mereka dilindungi”, kata Hakim Chong.
Yeo juga “langsung tidak mengambil peduli untuk memastikan rekod kewangan Whitefield berada dalam keadaan teratur,” tambah beliau.
Bagi kes yang melibatkan pekerja hijrahan, mahkamah mendapati “kealpaan ketara” Yeo terhadap kepentingan mereka “amat menjijikkan”.
Kelakuan Yeo di mahkamah menunjukkan “kecacatan watak yang sangat serius - ketidakjujuran,” kata Hakim Chong.
“Akhir sekali, tuduhan dan fitnah yang dilemparkan responden di platform Instagram adalah sangat tidak terhormat, dan apabila dilakukan oleh seorang ahli profesion undang-undang, jelas mencemarkan maruah profesion tersebut.”
“Serangannya terhadap institusi undang-undang dan peguam lain dipenuhi kata-kata kesat serta penghinaan yang bertujuan untuk menjatuhkan maruah sasaran beliau,” tambah Hakim Chong.
“Tidak persoalan lagi bahawa masyarakat yang berfikiran waras akan melihat kelakuan sedemikian sebagai memalukan, bukan sahaja kepada responden sebagai seorang individu, tetapi juga kepada kerjaya undang-undang - kerjaya yang kesahihannya digunakan responden untuk memberikan gambaran palsu seolah-olah dia seorang ‘orang dalam’ yang membongkar kebenaran tersembunyi mengenai sistem perundangan tempatan.”
Hakim Chong juga merujuk kepada “ketiadaan rasa bersalah atau penyesalan sama sekali” oleh Yeo, serta hakikat bahawa dia masih belum memohon maaf.
Yeo enggan mengambil bahagian dalam prosiding tribunal tatatertib, termasuk memboikot pendengaran oleh Mahkamah Tiga Hakim.
“Kekurangan pemahaman etika terhadap kelemahan dirinya, hingga gagal melakukan pemeriksaan asas bagi melindungi kepentingan klien, jelas tidak disedarinya,” kata Hakim Chong.
“Memandangkan sikapnya, peluang bagi responden untuk dipulihkan atau memperbetulkan kecelaan wataknya adalah sangat tipis.”

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.