Changi Travel Services akan berhentikan sekitar 30 pekerja di tengah keadaan pasaran 'berubah-ubah'
Anggaran Waktu Membaca:
Sekitar 30 pekerja akan diberhentikan sebagai sebahagian daripada penyusunan semula Changi Travel Services. (Gambar: CTS)
SINGAPURA: Changi Travel Services (CTS) akan memberhentikan sekitar 30 pekerja sebagai sebahagian daripada penyusunan semula perniagaan dan operasi syarikat tersebut.
Syarikat itu, yang menawarkan khidmat pelancongan seperti penghala (router) Wi-Fi, kad SIM dan pengangkutan ulang-alik ke lapangan terbang, menyatakan bahawa langkah itu dibuat selepas menjalankan "semakan strategik di tengah-tengah keadaan pasaran yang berubah-ubah".
Menjawab pertanyaan Mediacorp pada Jumaat (22 Ogos), jurucakap CTS berkata bahawa keputusan syarikat itu dibuat "selepas pertimbangan yang teliti dan bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan CTS dan memastikan pertumbuhan yang mampan".
Para pekerja yang terjejas akan menerima pakej pemberhentian kerja selama empat minggu untuk setiap tahun perkhidmatan mereka, tanpa tempoh perkhidmatan minimum.
Syarikat itu juga akan membantu pekerja yang terjejas mencari kerja kosong yang sesuai di Lapangan Terbang Changi dan lokasi lain, tambah jurucakap itu.
"Berikutan penyusunan semula itu, tumpuan kami sekarang adalah untuk melaksanakan strategi kami untuk memastikan pertumbuhan yang mampan."
CTS telah ditubuhkan pada 2012 sebagai anak syarikat Changi Airport Group (CAG). Ia mengendalikan pelbagai jenama seperti Changi Recommends, Travel Recommends dan ChangiFX.
Semakan ke atas portal EMIS menunjukkan bahawa CTS menggajikan lebih 80 pekerja setakat September lalu. Mediacorp telah meminta CTS untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang saiz tenaga kerjanya.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.