Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Changi rampas semula mahkota Lapangan Terbang Terbaik Dunia buat kali ke-12

Anggaran Waktu Membaca:
Changi rampas semula mahkota Lapangan Terbang Terbaik Dunia buat kali ke-12

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 16 Mar 2023 01:30PM Dikemas Kini : 16 Mar 2023 01:34PM
SINGAPURA: Lapangan Terbang Changi kembali dinobatkan sebagai lapangan terbang terbaik dunia buat kali ke-12 oleh firma penyelidikan Skytrax yang berpangkalan di London, sekali gus memperoleh semula mahkotanya selepas hilang kedudukan itu pada 2021 dan 2022 di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Changi juga dinamakan sebagai lapangan terbang terbaik di Asia, terbaik di dunia bagi kemudahan riadah, dan terbaik di dunia untuk menjamu selera di lapangan terbang. Majlis Anugerah Lapangan Terbang Dunia 2023 berlangsung di Ekspo Terminal Penumpang di Amsterdam pada Rabu (15 Mac).

Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad di Doha, Qatar, menduduki tempat kedua keseluruhan, diikuti Lapangan Terbang Haneda di Tokyo, Jepun.

Anugerah Lapangan Terbang Dunia itu adalah berdasarkan tinjauan pelancong dari lebih 60 negara antara Ogos 22 dengan Februari 2023 yang menilai keseluruhan pengalaman mereka, daripada daftar masuk sehingga pelepasan.

Sejak Singapura menarik balik sekatan sempadannya pada April lalu, jumlah trafik penumpang melonjak kepada 32 juta orang.

Lapangan terbang itu menyatakan ia akan terus melabur dalam teknologi baru dan latihan kakitangan, sebagai persiapan apabila trafik udara kembali ke paras sebelum pandemik.

Naib Presiden Kanan Kumpulan Operasi dan Perancangan Lapangan Terbang, Albert Lim berkata pihaknya amat berbesar hati dinamakan Lapangan Terbang Terbaik Dunia oleh Skytrax, dan menzahirkan penghargaannya kepada penumpang global atas undi keyakinan mereka.

"Anugerah ini satu pengiktirafan bagi masyarakat Lapangan Terbang Changi yang berdiri teguh bersama-sama, mengharungi COVID sejak dua tahun lalu.

"Anugerah ini memberi inspirasi kepada kami untuk terus memberi khidmat cemerlang sambil kami mengembangkan tawaran perkhidmatan bagi pengalaman menakjubkan di Changi," ujar beliau.
Sumber : Agensi berita/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan