Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Changi Festive Village kembali dengan karnival, glamping & go-kart hingga 2 Jan 2023

Anggaran Waktu Membaca:
Changi Festive Village kembali dengan karnival, glamping & go-kart hingga 2 Jan 2023

Gambar: Mothership

Diterbitkan : 06 Nov 2022 06:00PM Dikemas Kini : 10 Nov 2022 07:50PM
SINGAPURA: Acara tahunan Changi Festive Village kembali diadakan bermula Jumaat (4 Nov) hingga 2 Januari 2023.

Pengunjung boleh menikmati suasana seakan sebuah karnival di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, meliputi dua aras dalam kawasan seluas 9,000 meter persegi.

Lebih 30 permainan dan daya tarikan lain disediakan di karnival tersebut yang akan berlangsung hingga 2 April 2023. Ia dibahagikan kepada tiga bahagian -
The Great World, The Modern World dan The Future World.

The Great World terletak di besmen dua Terminal 3 dan diilhamkan dari Tua Seh Kai Great World Amusement Park. Ia menampilkan permainan karnival, zon bergambar dan "kedai mama" yang kudapan zaman lampau.

The Modern World juga terletak di besmen dua Terminal 3 dan memberi peluang kepada pengunjung untuk menguji kekuatan dan nasib mereka di beberapa gerai permainan seperti "King Hammer" dan "Ball the Clown". Terdapat juga permainan menembak 3D di mana pemenangnya boleh membawa pulang hadiah.

Mereka yang gemarkan permainan kereta bumper dan go-kart pula boleh pergi ke besmen tiga menyelami daya tarikan di The Future World.

Mulai 10 Nov, go-kart bertemakan dinosaur disediakan dengan lampu 'disco' akan menemani pemain. Hanya pengunjung lebih 13 tahun dibenarkan dengan tempahan boleh dibuat di lelaman Changi Airport Group dengan harga bermula dari S$23.

Semua kegiatan itu menggunakan kredit karnival yang boleh dibeli menerusi aplikasi iChangi atau kad fizikal di gerai tiket.

Sementara itu, acara glamping kembali diadakan di Jewel dari 5 Nov hingga 1 Jan 2023.

Setiap khemah mempunyai tema marin dan boleh menampung sehingga empat orang. Tempahan boleh dibuat di lelaman Changi Airport Group.
Sumber : Sumber Web/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan