Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Changi Airports International menang projek lapangan terbang Komodo Indonesia

Sebuah Konsortium yang diterajui oleh syarikat Singapura, Changi Airports International Pte Ltd memenangi kontrak untuk mengendalikan projek pembangunan dan pengendalian lapangan terbang Komodo di Indonesia selama 25 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Changi Airports International menang projek lapangan terbang Komodo Indonesia

Lapangan Terbang Komodo. (Gambar: Bandara Komodo Labuan Baj/Facebook)

Diterbitkan : 27 Dec 2019 05:08PM Dikemas Kini : 27 Dec 2019 05:11PM

PULAU KOMODO: Sebuah Konsortium yang diterajui oleh syarikat Singapura, Changi Airports International Pte Ltd memenangi kontrak untuk mengendalikan projek pembangunan dan pengendalian lapangan terbang Komodo di Indonesia selama 25 tahun.

Pulau pelancongan itu terkenal di dunia sebagai tempat tinggal biawak Komodo.

Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati berkata ini kali pertama satu konsortium melibatkan syarikat asing diberi tanggungjawab mengendalikan sebuah lapangan terbang di Indonesia.

Changi Airports International mengalahkan empat konsortium lain untuk mendapatkan kontrak itu.

Konsortium berkenaan akan melaburkan hampir AS$90 juta selama lima tahun untuk meluaskan lapangan terbang itu.

Ia termasuk meluaskan landasan serta meningkatkan keupayaan lapangan terbang dengan lebih enam kali ganda bagi mengendalikan empat juta pengunjung.

Lagi S$541 juta akan dilaburkan selama lima tahun untuk mengendalikan operasi lapangan terbang itu

Sumber : CNA/MM/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan