Skip to main content

Singapura

Chan Chun Sing lakukan lawatan pengenalan ke Brunei

Anggaran Waktu Membaca:
Chan Chun Sing lakukan lawatan pengenalan ke Brunei

Menteri Kedua Pertahanan Halbi Mohd Yussof melakukan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan Chan Chun Sing di Hotel Shangri-La pada 30 Mei 2025. (Gambar: Facebook/MINDEF)

SINGAPURA: Menteri Pertahanan Chan Chun Sing akan melakukan lawatan pengenalan dua hari ke Brunei mulai Jumaat (22 Ogos).

Beliau akan diiringi Panglima Tentera Darat Mejar Jeneral (MG) Cai Dexiandan para pegawai lain Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Semasa di sana, Encik Chan dijadual bertemu dengan pemimpin Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Putera Mahkota Al-Muhtadee Billah.

Beliau juga akan mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya dari Brunei, Halbi Mohammad Yussof.

Sebagai sebahagian daripada lawatan itu, Encik Chan akan menyaksikan pasukan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF)menjalani latihan di Temburong, sebuah simbol hubungan pertahanan yang kukuh antara Singapura dengan Brunei.

Lawatan itu turut mencerminkan rapatnya perkongsian ketenteraan yang sudah sekian lama terjalin, didasari oleh kerjasama erat dan sikap saling percaya antara kedua-dua negara.
Sumber : CNA/FZ/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita