Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Chan Chun Sing gesa universiti perdalam kerjasama, manfaatkan kekuatan satu sama lain

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Feb 2022 06:59PM Dikemas Kini : 10 Feb 2022 11:03PM

SINGAPURA: Universiti-universiti tempatan digesa agar meningkatkan kerjasama dan memanfaatkan kekuatan satu sama lain.

Ini termasuk satu sistem yang membolehkan para mahasiswa mengambil pelbagai modul dari universiti berbeza.

Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata demikian di Forum Pendidikan The Straits Times hari ini (10 Feb).

Beliau berkata rangkaian hubungan yang kukuh adalah penting sedang dunia semakin berkembang pesat dan berbelah bagi, namun lebih terhubung.

Encik Chan juga menggalakkan universiti-universiti agar meningkatkan keterhubungan dengan dunia melalui program pertukaran dan bekerja sambil belajar.

Ini, tambah beliau, bukan saja akan membantu para mahasiswa meningkatkan pemahaman tentang dunia tetapi juga membina jenama Singapura yang berwibawa.

Encik Chan turut menyeru bagi aliran bebas pertukaran idea dan kakitangan antara pihak universiti dengan industri.

Menurut beliau lagi, modul universiti tambah membolehkan para pelajar memanfaatkan kelebihan silang sektor. Kurikulum juga perlu memenuhi keperluan sesuai untuk para pelajar dewasa.

Encik Chan menambah perlu ada penyepaduan lebih mendalam dengan pihak industri, perniagaan dan sistem sosial.

Dengan itu, pihak universiti boleh lebih memahami cabaran yang dihadapi dan mencipta huraian lebih baik.

"Apabila universiti kita mencapai visi berada dalam masyarakat, bersama masyarakat dan untuk masyarakat, kita dapat menarik bakat-bakat global dengan lebih baik untuk bersama demi mencipta huraian hari esok," kata Encik Chan.

Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan