Chan Chun Sing gesa badan bantuan kemanusiaan SG benar-benar fahami keperluan golongan memerlukan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Chan Chun Sing/Facebook
SINGAPURA: Memanfaatkan kekuatan yang dimiliki dan fahami keperluan golongan memerlukan.
Inilah pendekatan yang disarankan Menteri Pendidikan Chan Chun Sing semasa Persidangan Bantuan Kemanusiaan ke-9 pada Sabtu (3 Ogos).
Di persidangan anjuran Palang Merah Singapura itu, Encik Chan turut menggesa badan-badan bantuan kemanusiaan supaya meningkatkan usaha mereka, bukan sekadar menghulurkan bantuan bencana.
"Jika kita benar ingin membantu orang, ia bukannya tentang apa yang ingin kita lakukan untuk mereka. Sebenarnya ia adalah apa yang mereka benar-benar perlukan dan hargai. Kita perlu luangkan waktu untuk fahami dengan lebih mendalam apa keperluan orang lain.
"Saya ingin anjurkan kita semua supaya bukan sekadar melakukan apa yang orang lain sudah buat, tetapi melakukan apa yang kita memang mahir, dan padankan dengan apa yang si penerima atau pertubuhan yang dibantu perlukan," ujar Encik Chan.

Sumber : CNA/IQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.