Skip to main content

Singapura

Chan Chun Sing: Beri tumpuan kepada 4 cabaran baru yang mampu cetus konflik

Para pemimpin akar umbi berdepan dengan empat cabaran untuk mengekalkan perpaduan rakyat di negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Oct 2018 08:24PM Dikemas Kini : 07 Oct 2018 12:25AM

SINGAPURA: Para pemimpin akar umbi berdepan dengan empat cabaran untuk mengekalkan perpaduan rakyat di negara ini.

Empat cabaran itu adalah kesan berita palsu, anasir eksklusif dan ekstremisme agama, keperluan untuk meningkatkan pergaulan sosial dan bagaimana masyarakat boleh dipecahbelahkan kerana menyokong pelbagai usaha kemasyarakatan.

Timbalan Pengerusi Persatuan Rakyat (PA) Chan Chun Sing berkata demikian dalam seminar tahunan para pemimpin akar umbi persatuan itu hari ini (6 Okt).

Kaum, bahasa dan agama adalah cabaran yang sentiasa menggugat perpaduan di negara ini, kata Encik Chan Chun Sing, yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan.

Namun beliau menambah, Singapura juga perlu memberi tumpuan kepada cabaran-cabaran baru yang boleh mencetuskan konflik.

CABARAN BARU MASA KINI

Salah satunya adalah isu berita palsu kerana ia boleh memecahbelahkan masyarakat dan mewujudkan pertentangan antara rakyat dengan pemerintah.

Sikap eksklusif dari sudut agama juga merupakan satu lagi masalah. Maka itu, Encik Chan berkata para pemimpin akar umbi perlu menarik orang ramai keluar daripada kepompong mereka untuk membina sebuah Singapura yang bersatu padu.

"Pelbagai orang menyuarakan sokongan mereka bagi pelbagai jenis matlamat, setiap satu ada baiknya tetapi persoalannya adalah bagaimana kita membantu setiap kumpulan, bukan hanya memberi tumpuan kepada matlamat kumpulan-kumpulan itu sahaja tetapi untuk mempunyai perspektif terhadap cabaran keseluruhan yang dihadapi negara supaya apabila kita memperjuangkan matlamat kita," kata Encik Chan.

Ini semua mengikut konteks membantu negara maju secara bersama-sama, tambah Encik Chan.

Cabaran keempat adalah untuk mengukuhkan pergaulan sosial dengan menyatuhkan orang ramai dari pelbagai latar belakang.

Bagi mendampingi golongan yang kurang dapat bantuan dalam masyarakat, PA akan meningkatkan usahanya dengan menggunakan data dan analisis. 

Sumber : CNA/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita