Chan Chun Sing ajak negara pertimbang pendekatan perdagangan
Negara-negara perlu memutuskan sekiranya ingin meneruskan usaha penyapaduan atau mengikut dasar perlindungan dan tindakan sepihak.
CHONGQING: Negara-negara perlu memutuskan sekiranya ingin meneruskan usaha penyapaduan atau mengikut dasar perlindungan dan tindakan sepihak.
Demikian kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing dalam satu forum di Chongqing hari ini (8 Jan).
Encik Chan menyifatkan perang dagang antara China degan Amerika Syarikat sebagai serupa dengan titik tolak sejarah hampir 100 tahun lalu apabila Amerika memperkanalkan cukai-cukai properlindungan pada 1930-an.
Tindakan negara itu menyebabkan tindak balas dari negara-negara lain, yang dilihat ramai pakar ekonomi sebagai memburukkan lagi kemelesetan ekonomi dikenali sebagai "Great Depression".
Amerika dan China kini sedang mengadakan rundingan di ibu kota Beijing, bagi mengendurkan ketegangan perdagangan antara kedua-dua negara.
Dalam pada itu, Encik Chan menarik perhatian kepada kerjasama antara Singapura dengan China bagi menggalak penyapaduan sejagat yang lebih meluas.
Ini termasuk bekerja rapat untuk mencapai kemajuan besar dalam Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) tahun lalu, dan meningkatkan (kegiatan) perdagangan serta kerjasama dua hala.
Encik Chan turut menyeru negara-negara Asia Tenggara supaya memanfaatkan koridor dagangan sebagai satu wadah terbuka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.