Chalet ketatkan lagi tahap keselamatan, pengawasan CCTV susuli insiden remaja bergaduh
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Sesetengah pengguna chalet di Singapura mengadakan pesta – biasanya termasuk minuman keras – yang memikat remaja bawah umur dan pihak pengurusan kemudahan-kemudahan sedemikian mahu menghentikannya.
Acara-acara ini biasanya memerlukan bayaran masuk dan menarik ramai orang yang boleh menyebabkan kekecohan.
Menurut pihak chalet, mereka sedang berusaha untuk membendung pesta sedemikian dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV), meningkatkan kekerapan rondaan dan lebih berwaspada terhadap tempahan chalet.
Walaupun mereka berhasil membendung sebahagian besar perhimpunan sedemikian sebelum ia diadakan, ada yang tidak dapat dikesan sehingga sudah terlambat, dan pihak berkuasa terpaksa dimaklumkan.
Salah satu pengendali yang mempertingkat langkah-langkah kawalan ialah Kelab Perkhidmatan Awam (CSC). Ia sedang menaik taraf CCTVnya, kepada yang berupaya melakukan rakaman langsung dan merakam penglihatan malam. Buat masa ini, rakaman hanya boleh dimainkan semula.
Para pengawal keselamatannya juga akan melakukan rondaan tambahan dari tengah malam hingga subuh.
“Jika kami melihat sebarang insiden berlaku, kami cuba mengawal orang ramai. Jika ia di luar kawalan kami, katakan ada yang cedera, kami akan menghubungi polis dan ambulans SCDF,” kata pengawal keselamatan Gopal Paliniapan.
PESTA HARAM BERBAYAR
CSC mempertingkatkan tahap pengawasannya selepas pihak pengurusan terpaksa menangani sekurang-kurangnya tiga acara tiket haram yang melibatkan remaja sepanjang tahun lalu.
Salah satu insiden itu bertukar menjadi pergaduhan di chaletnya di Changi. Sebuah video yang tular di media sosial bulan lalu menunjukkan empat remaja perempuan menendang dan menarik rambut remaja perempuan yang lain sambil melemparkan kata-kata kesat terhadapnya.
Rakaman CCTV menunjukkan orang ramai di tempat kejadian bersorak dan ketawa semasa berlaku pergaduhan itu. Orang ramai, termasuk kanak-kanak bawah umur, dipercayai berada di chalet untuk pesta arak sebelum pergaduhan itu berlaku di tepi jalan di luar premis CSC.
Menurut polis, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun cedera dan empat remaja berusia antara 14 dan 15 tahun sedang membantu siasatan.
MAKLUMAT DARI IBU BAPA
Heritage Chalet di Pasir Ris memberitahu Mediacorp bahawa pesta itu hampir diadakan di premisnya, jika tidak kerana maklumat yang diberikan oleh ibu bapa.
Dalam kiriman emel kepada pihak pengurusan chalet itu, ibu bapa itu mendakwa bahawa dua unit telah ditempah untuk pesta minum arak yang dianjurkan oleh beberapa individu bawah umur.
Ibu bapa itu mendakwa bahawa penganjur "membuat dakwaan memiliki lesen arak, dengan niat untuk menjual minuman keras kepada budak bawah umur", sambil menambah bahawa mereka yang dijemput dipercayai memiliki vape yang akan dihisap semasa pesta tersebut.
Selepas menerima maklumat tersebut, pihak pengurusan Heritage Chalet membatalkan tempahan yang mencurigakan itu. Pesta itu dipercayai dipindahkan ke chalet di Changi.
Walaupun Heritage Chalet berjaya menghalang pesta sedemikian, ada juga yang terlepas.
Beberapa minggu kemudian, sekitar 100 remaja mencetuskan kekecohan di pekarangan chalet tersebut pada hampir tengah malam.
Pihak pengurusan chalet menghubungi polis selepas mereka enggan beredar.
MEMPERTINGKATKAN KESELAMATAN
Seperti CSC, pengendali Heritage Chalet juga sedang dalam proses memasang lebih banyak kamera untuk mempertingkatkan tahap pengawasannya.
Ia juga telah menaikkan had umur untuk membuat tempahan daripada 18 kepada 21 tahun. Borang tempahan juga memerlukan orang ramai mendedahkan status perkahwinan mereka.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.