Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Chalet di The Chevrons Jurong East naik harga bermula Mei 2023

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Inflasi menjejas semua aspek kehidupan. Kesan terkini adalah kenaikan harga tempahan chalet di The Chevrons di Jurong East.

Bermula 1 Mei 2023, tempahan bagi chalet dan banglo akan naik sekurang-kurangnya S$30 bagi mereka yang bukan ahli.

Harga bagi ahli juga akan naik sekurang-kurangnya S$15.

Jika anda ingin membuat tempahan sebelum harga naik, perlu diketahui bahawa keahlian hanyalah eksklusif kepada sekumpulan orang tertentu sahaja.

Pada 27 Oktober 2023, The Chevrons umumkan kenaikan harga tempahan bagi chalet dan banglonya menerusi Facebook.

Pelanggan yang ingin menyewa chalet pada di luar waktu sibuk harus membayar S$270, naik daripada S$240 untuk satu malam, dengan harga boleh mencecah sehingga S$330 pada waktu 'paling sibuk'.

Bagi penginapan di banglo pula, pelanggan perlu membayar S$370, naik daripada S$340 untuk semalam di sana dan S$490 bagi waktu yang paling sibuk.

Menurut catatan di Facebook The Chevrons, harga baru ini akan bermula dari 1 Mei 2023.
Sumber : Sumber Web/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan