Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CGH rancang pertingkat suntikan vaksin bagi warga senja

Hospital Besar Changi merancang untuk melakukan suntikan vaksin kepada hampir separuh daripada pesakitnya yang sudah lanjut usia, berbanding kadarnya sekarang sebanyak 10 peratus.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Apr 2019 09:57PM Dikemas Kini : 27 Apr 2019 10:00PM

SINGAPURA: Hospital Besar Changi merancang untuk melakukan suntikan vaksin kepada hampir separuh daripada pesakitnya yang sudah lanjut usia, berbanding kadarnya sekarang sebanyak 10 peratus.

Langkah itu bagi menggalakkan imunisasi sebagai satu cara untuk mencegah penyakit dalam kalangan warga senja tempatan.

Antara jenis vaksin yang boleh diambil misalnya adalah bagi perlindungan daripada virus demam selesema dan penyakit pneumokokal yang boleh menyebabkan radang paru-paru.

Vaksin bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi juga penting bagi warga emas.

Oleh itu, hospital ini mahu menggalak lebih ramai warga emas mendapatkan suntikannya.

Konsultan Kanan Bagi Penyakit Berjangkit CGH, Profesor Helen Oh berkata seseorang pesakit akan lebih sukar untuk melawan jangkitan penyakit apabila usia mereka semakin meningkat.

Suntikan vaksin dapat melindungi mereka daripada penyakit dan menikmati mutu hidup yang lebih baik.

Sempena Minggu Imunisasi Sedunia, pihak hospital menganjurkan pameran bergerak dan menawarkan suntikan vaksin pada harga lebih rendah.

Sumber : CNA/RR/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan