Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CGH perkenal ujian guna teknologi AI kesan tekanan darah tinggi yang boleh disembuhkan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jenis penyakit tekanan darah tinggi yang boleh disembuhkan, kini dapat dikesan dengan lebih baik menerusi ujian yang menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Hospital Besar Changi (CGH) yang menggunakan teknologi itu berharap ia juga akan meningkatkan hasil rawatannya.

Kaedah tersebut menggunakan AI untuk memproses contoh-contoh darah.

Ia dapat mengenal pasti punca tekanan darah tinggi pesakit sama ada kerana mengambil garam berlebihan atau akibat ketumbuhan dalam kelenjar adrenal.

Kelenjar itu menghasilkan hormon yang mengawal tekanan darah seseorang.

Pada masa ini sekitar 33 peratus rakyat dewasa Singapura mengalami tekanan darah tinggi.

Kira-kira 5 peratus daripada mereka disebabkan oleh masalah pada kelenjar adrenal dan sering kali tidak dikesan.

CGH berharap dapat membantu mengenal pasti kumpulan ini supaya mereka boleh diubati, atau keadaan mereka bertambah baik dengan ketara.

Selain itu kaedah ujian yang menggunakan AI juga tidak memerlukan contoh darah yang banyak dan hasilnya diketahui lebih cepat.
Sumber : CNA/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan