Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

CGH pegang rekod mural terbesar di SG

Anggaran Waktu Membaca:
CGH pegang rekod mural terbesar di SG

(Gambar: Facebook/Changi General Hospital (CGH))

SINGAPURA: Hospital Besar Changi (CGH) kini memegang rekod lukisan dinding, atau mural masyarakat terbesar di Singapura.

Ia dibuat sempena ulang tahun ke-88 CGH.

Mural setinggi 2.8 meter itu dihasilkan oleh kira-kira 350 kakitangan dan rakan masyarakat.

Ia dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat pada Sabtu (26 Ogos).

Karya tersebut terdiri daripada 264,000 bata foto, sekali gus membolehkan hospital itu mencatat nama dalam Buku Rekod Singapura.

Mural itu memaparkan pendekatan CGH dalam menggunakan inovasi untuk menyediakan khidmat jagaan kesihatan, daripada memanfaatkan robot dan kecerdasan buatan (AI) untuk menjalankan tugas hinggalah kepada membangunkan kepakaran baru.
Sumber : CNA/AI/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan